Di masa akan datang, jika keadaan sosial negara sudah kembali seperti sediakala, boleh terus hadir di pejabat KWSP.

Baca juga:
i-Saraan: Caruman Sukarela Bagi Golongan Bekerja Sendiri atau Tiada Pendapatan Tetap
KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak ada pendapatan tetap menabung untuk persaraan mereka.
Pencarum i-Saraan layak menerima insentif daripada pihak kerajaan sebanyak 15% daripada jumlah caruman tahunan sehingga jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun.
Temui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP untuk Khidmat Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan) secara PERCUMA di 52 cawangan KWSP seluruh negara.
Temui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP untuk Khidmat Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan) secara PERCUMA di 52 cawangan KWSP seluruh negara.
Tetapkan tarikh, masa dan lokasi pilihan anda melalui Janji Temu Online hari ini !
Rancang janji temu anda dengan mudah dalam talian.
Antara kelebihan membuat simpanan melalui i-Saraan ini adalah seperti berikut:
- Tiada had minima caruman bulanan (mengikut kemampuan sendiri), boleh mencarum pada bila – bila masa sahaja (sehingga maksima RM 60,000 setahun) dan berhak mendapat dividen tahunan mengikut jumlah terkumpul simpanan
- Pengecualian cukai sehingga RM 4000
- Merupakan kemudahan persaraan bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap serta bekerja sendiri
- Khairat kematian sebanyak RM 2500 layak diterima oleh ahli keluarga pencarum sekiranya meninggal dunia (tertakluk kepada terma dan syarat)
- Mendapat insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum iaitu RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun (dari tahun 2018 hingga 2022 sahaja)
Syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia
- Merupakan ahli KWSP yang berdaftar
- Berumur bawah 55 tahun
- Telah membuat pilihan i-Saraan
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi pihak KWSP seperti pada pautan berikut;

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.