

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Ikan Selar Kuning Masak Lemak Cili Api Berasap!!
Sempena harijadi putera bongsu kami yang hensem ni, masakkan jugak salah satu lauk kegemaran dia iaitu lemak cili api berasap!! Masak letak kunyit sikit, dia dah suka. Kalau pucat putih semata, dia kata.. peliklah! Haha.. itulah ayat dia bila sesuatu tak kena dengan mata dan tekak dia.



Bahan-bahan;
1 kg ikan selar kuning - bersihkan. Goreng dengan garam dan kunyit. Ketepikan
6 tangkai cili padi vietnam merah menyala - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 sudu kecil kunyit serbuk - kisar
2 batang serai - hiris dan kisar
1 kotak santan saiz kecil
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan:
1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan santan dan kacau rata. Kecilkan api, dan biarkan mendidih. Jangan lupa masukkan asam keping
3. Perisakan dengan garam dan gula
3. Perisakan dengan garam dan gula
4. Akhir sekali, masukkan ikan selar kuning tadi. Kacau sebentar, matikan api.
Hidangan tengahari siap untuk di makan. Ikan selar kuning goreng dulu kemudian baru dimasukkan dalam kuah lemak cili api, memang berasap kita. Bau minyak dari ikan goreng bercampur dengan kuah lemak.. memang buat perut lapar.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.