Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Stok Vitamin C Untuk Family

Beli Stok Vitamin C Untuk Family. Korang dah ambil vitamin C hari ni? Ada stok Vitamin C kat rumah? Kalau dah ada baguslah.. sebab kebelakangan ini sejak wujudnya Covid-19 kesedaran mengambil multivitamin memang jadi kemestian. Orang kata keperluan pun ya.. tak kira apa pun brand yang korang guna, ambillah ikut peraturan yang dicadangkan dan secara konsisten. Kami satu family memang dah ambil hari-hari selepas sarapan pagi. Sebab apa? Senang nak displinkan diri. Tak kiralah korang lelaki atau wanita.. ambillah vitamin C untuk kesihatan. Sebagai supplemen.. beli yang murah-murah tak pe.. Yang penting kandungannya diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Supplement seperti vitamin C bukanlah kategori ubatan, so kelulusan KKM tidak diperlukan. Ia hanyalah makanan tambahan.. 

Beli Stok Vitamin C Untuk Family

Beli Stok Vitamin C Untuk Family

Baca :

Beli Stok Vitamin C Untuk Family


Malam tadi sempat beli stok vitamin C untuk family di rumah. Annak bujang saya yang kat asrama pun saya bekalkan supplemen vitamin C dan supplemen untuk minda. Dua- dua kena seimbang. So far alhamdulillah... kesihatan dan pembelajarannya amat menggalakkan.

Vitamin C apa yang saya guna? Saya guna 21st Century punya, dan nampaknya ia serasi dengan kami. Sebelum ni saya guna produk Nurraysa, tetapi asyik habis stok. 

Beli Stok Vitamin C Untuk Family

Kemudian saya beli vitamin C jenama Blackmores. Hmm.. harganya mahal sikit dan rasanya masam. Iya la, sebab ia dibuat dari buahan Berrys.. kenalah faham ya. Khasiatnya sebagai supplemen tetap sama. Tetapi masalahnya family susah nak hadam.. haha, sebab masam. Habis kan jugak, beli 2 botol pulak tu. Taknak membazir..

Selepas tu, saya cari dan buat survey kat farmasi. Atas nasihat ahli farmasi, dicadangkan Vitamin C 1000mg Orange Chewable dari 21st Century. Maka.. sekarang dah setia dengan produk ni.

Kenapa saya guna Vitamin C Orange Chewable? Dah tentulah rasa oren dia, sedap sangat. Nak makan pun tak rasa seksa. Haha.. lepas tu harganya murah ye kekawan. Satu botol ada 60 biji baru berharga RM21.10. Hampir sama harga di Shopee. Nak beli online atau walk in kat farmasi.. memang mudah. So, takkan ada masalah stok habis.

Beli Stok Vitamin C Untuk Family

Korang kalau nak jaga kesihatan, boleh dah mula ambil supplemen untuk tubuh. Mula dari remaja lagilah bagus. Macam juga perut kita kalau lapar, dia nak makan, kan? Begitu juga tubuh dan minda kita. 

Beli Stok Vitamin C Untuk Family

Sambil tu sempat juga sambar 1 botol mutivitamin BioCal D Complex untuk anak bujang ku. Ia bagus untuk anak-anak yang aktif. Menurut ahli farmasi kat situ, bagus diambil bila nak tidur. Ia akan melegakan otot dan rasa lebih rileks. Keesokan hari badan lebih selesa dan cergas.

Kalau jiwa kita macam mana pula? Apa makanan dia ye? Kenalah bagi zikir dan doa sebagai makanannya. Setuju?

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close