Kerana cempedak goreng dah terlalu mahal, maka saya mula goreng cempedak sendiri. Ambil kat kampung mak mertua, dapatlah 6 biji buah cempedak. Kita goreng sendiri lagi puas. Hehe..
Buah Cempedak Goreng Sendiri, Lebih Puas Hati.
Alhamdulillah semalam balik kampung suami kejap, dapatlah kutip beberapa biji buah cempedak.
Alkisah, minggu lepas saya beli buah cempedak goreng dijual pada harga RM1.00 seulas. Saya terdiam. Kemudian penjual tu kata, " ni saiz besar sikit kak." Saya iyakan je, dan beli dalam 6 ketul yang bermakna RM6.00.
Memang sedap dan manis la, alhamdulillah. Tapi tak puas makan.
Selang 2 hari, saya singgah lagi. Beli cempedak lagi.
"Ni kira macam mana?"
"2 ulas RM1.00.."
"Haritu lain harga. Hari ni dah turun pulak?" Tanya saya.
"Hari ni saiz cempedak kecik."
"Oooooo... " saya faham sampai terlopong.
Haha...
Dan sekarang saya dah eksyen. Sebab ada cempedak sendiri. Goreng sendiri. Nak makan berapa banyak pun, suka hati la nakk..
Nak goreng pun mudah je kerjanya. Tak susah pun. Nak rangup sikit, letak la tepung jagung. Settled.
Gambar atas tu, saya goreng dari sebiji buah cempedak saiz sederhana. Dalamnya ada 12 ulas yang besar-besar. Memang puas makan. Rasa pun manis yaa amat. Memang puas hati sangat.
My mother in law memang tak jual buah cempedak tu semua. Ada orang datang rumah dia bagi je. Tapi kena kutip sendiri dari pokok. Pokoknya pun rendang je.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi ni. Semoga anda semua pun dapat rezeki yang tak disangka-sangka dari Allah SWT.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.