Lifestyle Resepi Info Terbaik

Maal Hijrah 1444H - Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran

Maal Hijrah 1444H - Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran. Itulah tema Maal Hijrah 1444H bersamaan tahun 2022 Masihi. Kemakmuran itulah kunci kejayaan. Sesama kita berbilang kaum dan agama saling menyokong dan menghormati hak masing-masing terutama dalam menganuti agama. "Kau agamamu, Aku agamaku!" Secara amnya, tema ini merangkumi tiga teras utama Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1444 Hijrah. Kedatangan tahun baru islam yang mana ia mengingatkan kita agar selalu berhijrah. Hijrahkan dirimu dari kegelapan. Hijrahkan dirimu dari segala maksiat dan kehinaan. Hijrahkan diri menuju kejayaan! Hijrah kepada jalan hidup yang diredhai.

Maal Hijrah 1444H - Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran


Hijrah Untuk Kemakmuran


Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". _ (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ


Pengajaran dari hadis:


1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).

2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan berdosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala.

4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.  Para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.

Marilah kita melakukan pengorbanan untuk perubahan yang lebih cemerlang. Ayuhlah berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. 

Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1444. Semoga ada manfaatnya kepada kita semua.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

Random Posts

close