Lifestyle Resepi Info Terbaik

3 Jenis Lapar Yang Perlu Anda Tahu

3 Jenis Lapar Yang Perlu Anda Tahu. Ada 3 keadaan di mana korang akan rasa lapar, samada memang benar lapar, lapar sebab mengidam atau lapar akibat perasaan je. Korang biasanya lapar sebab apa😐? Memang sebab lapar kerana dah 6 jam tak makan atau mulut menyebut teringin itu dan ini? Hmm.. saya okay je. Biasanya lapar memang sebab nak makan. Memang perut dah berbunyi-bunyi.

Tapi saya selalu perhatikan di pejabat, kawan-kawan akan lapar bila waktu minum pagi, tengahari dan waktu minum petang. Setiap kali terjumpa waktu-waktu tersebut, dia orang akan lapar. Kalau tak ada di kerusi masing-masing.. ada di pantri la jawabnya! Haha...


3 Jenis Lapar Yang Perlu Anda Tahu

Ada macam-macam jenis lapar. Bagi anda yang tengah diet, memang kena tahan lapar. Betul tak? Makan pun kena ambil konsep suku-suku-separuh. 

Untuk panduan semua, saya kongsikan jenis-jenis lapar buat anda lebih faham.

1. Lapar perut


Secara fizikalnya, ya.. memang lapar. Bukan main-main. Memang kena makan. Jika tak makan, perut akan sakit, sakit kepala dan macam-macam lagi. So, kenalah makan yang sesuai bagi menghilangkan rasa lapar tu.

2. Lapar mulut


Mulut nak rasa makanan yang tertentu seperti rasa masam, manis ke atau pun masin. Haa.. yang itu lapar mulut je. Tak makan pun perut tak kisah. Mulut je yang berlebih-lebih terutamanya wanita yang sedang hamil. Hehe..

3. Lapar hati


Lapar sebab ikutkan perasaan je. Tengok drama kat TV orang makan sedap, dia pun nak. Tengok IG atau youtube Khairulaming masak maggi pun teringin makan. Biasanya orang yang rasa lapar ikut hati dan perasaan adalah mereka yang berada dalam keadaan sedih, stress, terlalu gembira dan lain-lain lagi.

Kalau korang sedang dalam proses diet dan memilih waktu lapar terbaik adalah dalam keadaan anda sedang lapar perut. Dengan cara ini anda dapat mendisplinkan diri sendiri dengan mengikuti jadual pemakanan yang tepat dan seimbang.

Semoga bermanfaat.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close