Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Hubungi Talian Kasih 15999, Masalah Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera

Hubungi Talian Kasih 15999, Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera. Kesihatan mental secara ringkasnya adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Setiap individu mentakrifkan kesihatan mental secara berbeza-beza bergantung kepada persekitaran, gaya hidup, tahap pendidikan dan banyak lagi.

Hubungi Talian Kasih 15999, Masalah Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera

Talian Kasih 15999 beroperasi 24 jam. Talian Kasih boleh menerima panggilan berkaitan:

1. Kaunseling
2. Penderaan
3. Talian kanak-kanak
4. Pembuangan bayi
5. Kebajikan
6. Perlindungan
7. Perkhidmatan kesihatan reproduktif
8. Masalah sosial remaja

Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu yang jelas dalam membezakan antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan mereka yang tidak.Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental.Tiada satu kriteria yang boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang baik.Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa. Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran.Terdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. 

Kesihatan mental seseorang boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.

Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/ WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. –
Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments