Lifestyle Resepi Info Terbaik

Ikan Talapia Masak Lemak Dengan Pucuk Ubi

Ikan Talapia Masak Lemak Dengan Pucuk Ubi. Resepi special kita nak share dengan korang semua. Ikan talapia merah masak lemak, memang sedap tau. Selain itu, talapia merah juga sedap di masak berlada. Hmm.. lapar pulak perut ni bila teringat lauk pauk kampung macam ni.

Ikan Talapia Masak Lemak Dengan Pucuk Ubi

Ikan Talapia Masak Lemak Dengan Pucuk Ubi

Resepi Ikan Talapia Masak Lemak Dengan Pucuk Ubi


Bahan-bahan:

5 ekor Ikan talapia - dibersihkan
Pucuk ubi yang telah dicelur 
Segenggam cili padi (ikut suka nak pedas macam mana.. warna merah dan hijau campur) - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
3 ulas bawang merah - kiisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Santan pekat (dari sebiji kelapa)/ santan kotak
Garam
Asam keping
Gula

Ikan Talapia Masak Lemak Dengan Pucuk Ubi

Ikan Talapia Masak Lemak Dengan Pucuk Ubi

Cara penyediaan ikan talapia masak lemak dengan pucuk ibu


1. Goreng ikan talapia yang telah dilumur dengan kunyit dan garam. Bila dah masak, ketepikan.

2. Tumis semua bahan kisar sampai naik bau. Masukkan asam keping. Kacau rata.

3. Masukkan santan, garam dan gula. Kecilkan api, jangan biar santan berbuku. Masukkan ikan dan kemudian daun ubi. Kacau perlahan. 

Matikan api dan hidangkan dengan nasi putih. Sedapnya..

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close