Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Tidak Berdendam Itu Sifat Ahli Syurga

Tidak Berdendam Salah Satu Sifat Ahli Syurga. Dendam adalah perasaan marah yang disimpan lama dan memasang hasrat untuk membalas perbuatan orang terhadap kita. Bila dah lama dalam hati, ia menjadi nanah dan barah yang amat membahayakan diri sendiri dan orang lain juga. Dendam terjadi bila ada orang yang menyakiti hati dan tubuh badan yang tidak dapat diterima oleh si mangsa. 

Bukan mudah kita nak berdendam tetapi boleh juga terjadi disebabkan hal kecil-kecil seperti gurauan kasar, fitnah atau merampas harta benda orang lain. Hal yang kecil menjadi besar lah yang wujudnya dendam. 

Bagi saya, orang nak buat apa.. Suka hati lah. Kemudian saya kata, "Ya Allah aku maafkan mereka. Aku tak berdaya. Kau uruskanlah urusan-urusan ku dan mereka semua."

Habis je kata gitu, lega rasa. Kita tak mampu nak layan semua hal orang tetapi Allah kan ada. DIA Maha Berkuasa. Biar Allah yang uruskan.

Tidak Berdendam Salah Satu Sifat Ahli Syurga

Tidak Berdendam Itu Satu Sifat Ahli Syurga. Allah menjelaskan dalam al Quran bahawa antara sifat ahli syurga itu adalah mereka memiliki jiwa yang sejahtera. Tidak hasad dan berdendam kepada orang lain.

Firman Allah SWT, "Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing.,. " - Surah al A'rat : 43.

Berdendam ni ada banyak kesan buruk dari baiknya. Antara kesan buruk dendam adalah:

1. Putusnya hubungan silaturrahim
2. Kesihatan akal fikiran dan badan kita jadi kurang stabil
3. Penat dan lelah.. amat menyakitkan emosi kita
4. Banyak rancangan masa depan yang tertangguh kerana kita lebih fokus untuk balas dendam
5. Orang yang pendendam susah nak dapat redha dan berkah dalam kehidupannya

Belajar memaafkan dan melepaskan adalah satu cara terbaik untuk membetulkan emosi kita. Betul.. walau dah maaf dan lepaskan dari dalam hati, kita tak akan dapat melupakan. It's okay. Yang penting kekata maaf telah kita lafazkan. Yang lain biarlah Allah uruskan.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments