Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Order Extra Mash Potato Di Marrybrown

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Order Mash Potato Lebih Di Marrybrown (MB). Bukan semua tempat atau branch MB yang boleh bagi extra vege coselow. Betul ke? En suami makan di satu cawangan MB ni depa tak bagi add on Vege. Katanya kalau dah order set tersebut tak boleh request tambah extra order. Ya ke? Pelik lah. Bukan kita tak bayar. Duit kita, nak order apa ikut suka tekak kita kan? Tapi ada branch Marrybrown yang lain boleh pulak. Tambah apa korang nak, depa bagi je. Yang penting bayor.. kan.. 

Tengok la apa kita orang order di cawangan B. Kalau cawangan A tak boleh gini..

Order Extra Mash Potato Di Marrybrown

Kami ambil lucky plate, yang pada mulanya tersebut snack plate (😅😅😅- tu kan nama menu di KFC). Haha.. confuse jap budak yang ambil order tu. Then kami kata set yang ayam 2 ketul. Baru depa kata "lucky plate". Sorry dik..

Order Extra Mash Potato Di Marrybrown

Masa datang belum ramai pelanggan. Ngam-ngam kami tunggu order siap.. berderet barisan pelanggan. Nasib baik kami cepat sikit, jika tidak kena panjat tingkat atas..

Order Extra Mash Potato Di Marrybrown

Kami add on mash potato saiz besar dan vege coselow sekali. Makan la puas-puas. Anak bujang kata vege dia paling sedap berbanding tempat lain.

Order Extra Mash Potato Di Marrybrown

Order Extra Mash Potato Di Marrybrown

Selain lucky plate, kami order burger ayam dan daging juga. Anak bujang saya kan baru balik bercuti.. jadi nak makan puas-puas fast food kat Malaysia. Kat luar negara memang ada semua tu tapi tak de rasa "Malaysia". Dia dah rindu la tu.. kami layan kan je..

Paling tak boleh blah, dia asyik order sate je. Selagi belum jemu dia akan selalu order. Suka hati lah nak.. makan lah selagi suka. Nanti dah bosan berenti la tu..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close