Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kari

Resepi Bawal Emas Masak Kari. Nak resepi bawal masak kari? Ini lah resepinya, dan kalau anda suka nak pedas lagi.. masukkan je beberapa batang cili padi. Masa makan, kunyahlah dengan cili padi tu, sure berair mata. Hehe..

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kari

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kari

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kari


Resepi ikan bawal masak kari ni saya pinjam resepi Che Nom. Jarang la resepi dia yang tak jadi. Semua yang saya ikut jadi sedap dan seperti apa yang saya sukai.

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal, kerat dua
2 sudu besar serbuk kari ikan Adabi (atau ikut kesukaan anda)
1 sudu besar serbuk cili, tak nak letak pun tak apa
1 tangkai daun kari
air asam jawa
1 mangkuk santan
sedikit air
2 biji tomato
sayur bendi
1 biji cili merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hiris nipis:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan untuk rempah tumis:

1 batang kayu manis
1 sudu kecil halba campur
2 kuntum bunga lawang

Cara penyediaan ikan bawal masak kari


1. Bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak. Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali.
Masukkan air asam jawa dan ikan.

4. Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.

5. Masukkan santan, sedikit air, tomato, sayur bendi dan cili merah. Perasakan dengan garam secukupnya.

Tips masak kari ikan dari Che Nom:


Untuk masak kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempak masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambah air beberapa kali dan masak sehingga rempah pecah minyak pada setiap kali selepas tambah air

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kari

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kari

Antara menu makan malam kami selain ikan bawal masak kari termasuklah sayur bayam tumis air dan ikan goreng ala KFC. 😅😍

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kari


Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kari


Semoga anda semua dapat masak sedap-sedap untuk family sampaikan bila dah jauh pun masih teringat-ingat.. (anak saya la tu)..

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close