Lifestyle Resepi Info Terbaik

Satay Ayam In The House, Satay Saiz Besar Yang Sedap

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Satay Ayam In The House, Satay Saiz Besar Yang Sedap. Malam ni kita layan satay @ sate pulak. Satu cucuk cuma RM1.00 dengan saiznya yang agak besar, lembut dan juicy. Satay ayam je yang tinggal sebab kami datang order pun dah pukul 8.45 malam. Dah agak lewat. Satay lembu atau kambing sudah habis.

Jom la layan gambar-gambar yang amat menarik anak tekak tu.. 🤣



Kami order 30 batang sate dan bila nak bayar depa kata RM30.00. Kiranya murah la kan.. sebab saiz satay dia besar-besar. Ambil kira harga ayam yang dah naik.. satay dijual pada harga sedemikian memanglah murah.


Menu Sampingan Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Seafood & Nasi Goreng Pattaya


Selepas menghabiskan 30 cucuk sate, kami makan pula nasi goreng pelbagai menu. Ikut selera tekak masing-masing. Tak lupa juga kami ada order sotong greng tepung!




Nasi goreng seafood pilihan saya. Nasinya sedap, tak masin sangat. Kena dengan tekak, dan tidaklah berminyak. 


Menu nasi goreng pelbagai tu ikut tekak masing-masing. Jumlah hidangan pun agak banyak, hinggakan saya tak habis makan nasi goreng seafood yang telah di order.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close