Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Sambut Birthday Boy Balik Dari Asrama

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Sambut Birthday Boy Balik Dari Asrama Dengan Siakap Tiga Rasa Dan Tomyam Campur. Haha.. gitulah kisahnya kami anak beranak meraikan hari kelahiran bujang bongsu yang ke 15 tahun. Ambil dari bus stand, dah pukul 5.00 petang. Saya dan ayahnya sanggup ambil half day leave untuk mengambilnya di stesyen bas Larkin. Dah 2 kali balik naik bas, dah berani sikit nampaknya. Alhamdulillah.

Sebaik masuk dalam kereta terus ucap selamat hari lahir kat dia, sambil terus mendoakannya. Suka betul dia. Anak-anak ni kalau kita nak dia jadi apa.. kita doa dia depan-depan. Biar dia tahu kita sayangkan mereka dan apa doa kita untuk mereka.

Selalu lah berbincang dengan anak-anak apa harapan kita untuk mereka. Ceritakan sebabnya mengapa kita nak dia jadi begitu dan begini. Insya Allah.. anak-anak akan tumbuh berjaya seperti apa yang kita doakan dan harapkan itu. Okay 👌👌

Berbalik pada si bujang bongsu yang meraikan hari lahirnya tadi yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun.. kami terus cari restoran dan belanja dia makan. Dia nak makan siakap 3 rasa, tomyam seafood, sotong goreng tepung dan telur dadar. Haha.. dengan senang hati kami orderkan.. 

Sambut Birthday Boy Balik Dari Asrama

Antara menu faveret my boy everytime we ate outside.. tomyam seafood dan telur dadar! Katanya kat asrama jarang nak jumpa telur dadar. Kita layankan je..

Sambut Birthday Boy Balik Dari Asrama

Sambut Birthday Boy Balik Dari Asrama

Antara menu pilihan saya tentulah kerabu mangga. Sedap, rangup dan masam manis rasanya. Segar je mangga dia..

Sambut Birthday Boy Balik Dari Asrama



Air carrot susu dan apple jus pilihan kami anak beranak. Air yang tiada dalam gambar adlaah teh ais dan teh hijau. 

Sambut Birthday Boy Balik Dari Asrama

Dan untuk otak-otak yang sedap dan gebu ni, dah habis kami kerjakan. Isi dia sangat tebal dan,cukup semua rasanya. Alhamdulillah kami dapat makan otak-otak yang besar dan tebal.

Kenyang sudah alhamdulillah... marilah kita balik rumah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments