
Di bawah ini adalah prosedur/ cara bagi permohonan penggatian Tong Sampah SWM (tong sampah beroda) yang telah rosak.
Dokumen yang di perlukan ialah:
1. Salinan IC
2. Salinan Bil Utiliti
3. Salinan Cukai Pintu
Ketiga tiga dokumen ini boleh terus di ambil imejnya dari camera h/phone tanpa perlu buat folder, tanpa perlu upload. Cuma klick pada 'choose File'.
Bagi penggantian atau permohonan tong sampah, anda boleh melayari link ini dan membuat permohonan secara atas talian di link berikut:-
http://bin.swmsb.com/
Pihak Unit Logistik akan memberikan maklumbalas dalam tempoh 14 hari berkerja kepada anda setelah membuat permohonan atas talian.
Ada 2 jenis borang:
• untuk unit kedai, mohon pilih borang C
• untuk rumah, boleh pilih borang R
Dokumen Yang Perlukan Untuk Tong Baru
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Bil Utiliti
- Salinan SSM (untuk unit Kedai)
Dokumen Yang Perlukan Untuk Tong Hilang
- Laporan Polis
- Nombor Siri Tong
Jadi, kita semua kena simpan nombor siri tong sampah SWM yang dicetak di tong sampah masing-masing.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.
Jaga harta awam bersama-sama dapat mengelakkan pembaziran.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.