Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Di Hari Isnin Yang Indah Dan Tenang

Amalan doa khusus di pagi isnin yang hening, semoga hari-hari yang kita lalui dipenuhi dengan barkah, tenang, berjaya dalam apa jua yang kita usahakan. Mulakan langkah dengan doa yang baik-baik dan sedekah al Fatihah kepada orang-orang yang kita kasihi..

Doa Di Hari Isnin Yang Indah

Doa Di Hari Isnin Yang Indah


*سُبْØ­َانَ اللهِ ، ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ ، Ùˆَ لآ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ، Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ لاَحوْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ© اِلاَّبِاللّÙ‡ِ الْعَÙ„َÙŠِ الْعَظَÙŠْÙ…*

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam dilimpahkan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang semulia-mulia Rasul serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah, Ya Ghofur, kurniakanlah kesihatan rohani dan jasmani yang terbaik kepada kami, kasihanilah kami, luaskanlah pemikiran kami dan angkatlah darjat kami, limpahkanlah rezeki yang halal dan berpanjangan kepada kami. Berilah kami petunjuk dan keredhaanMu kerana hanya kepadaMu kami pasrahkan diri dan memohon pertolongan.

Ya Allah, kami memohon keampunan dari segala dosa-dosa dan kesalahan kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat- sahabat kami dan seluruh muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepadaMu atas semua nikmat dan anugerahMu.

Ya Allah bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmatMu yang memungkinkan kami mencapai redhaMu.

Ya Allah, hindarkanlah kami daripada terpengaruh dengan dunia yang melemahkan kami dari mendekatkan diri kepadaMu.

Ya Allah Ya Quddus,
bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami yang padanya tempat kami mencari kehidupan. elokkanlah urusan akhirat kami yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.

Ya Allah, jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami daripada segala kejahatan, sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan hati dan jiwa yang tenang serta tenteram.

Ya Allah bantulah kami untuk menaatiMu dan melazimkan ibadah padaMu, memastikan ganjaranMu dengan kurnia pertolonganMu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat padaMu, tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami.

Ya Allah sempurnakanlah kebaikanMu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik pada umur kami dimasa yang telah lalu.

Ya Allah ingatkan kami bahawa sehari berlalu, umur kami berkurang sehari dan jika kami lewati hari ini dengan berbahagia, ingatkanlah kami bahawa kami sangat beruntung. Oleh itu doronglah kami untuk berbuat baik dan selalu mengucap syukur, kerana kami tidak tahu bila kami akan dipanggil 'pergi'.

Ya Allah sedarkanlah kami supaya kami selalu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kami punya supaya kami merasa bahagia dan pasti bersyukurlah dengan apa yang kami ada.

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..

Kami memohon kepadaMu muliakanlah kami, bahagiakanlah keluarga kami, kuatkanlah iman kami, berkahilah rezeki kami, berilah kenikmatan dalam beribadah kepada kami, hiasilah hati dan jiwa kami dengan kesabaran dan kasih sayang.

Ya Allah, Ya Ghofur, kurniakanlah kesihatan rohani dan jasmani yang terbaik kepada kami, kasihanilah kami, luaskanlah pemikiran kami dan angkatlah darjat kami, limpahkanlah rezeki yang halal dan berpanjangan kepada kami. Berilah kami petunjuk dan keredhaanMu kerana hanya kepadaMu kami pasrahkan diri dan memohon pertolongan.

Perkenankanlah doa kami Ya Allah.

Perkenankan doa kami Ya Rahman.

Perkenankan doa kami Ya Rahim.

Aamiin..Aamiin..Ya Rabbal Aalamiin..

Insya Allah, semoga doa kita semua di angkat ke langit dan dikembalikan kepada kita dengan kurnia yang berlipat ganda.

#Allah Huma Soli Wasalim Ala Saiyyidina Muhammad SAW

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close