Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1 Muharam 1445 H

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1445H. Negara terus sejahtera, makmur dan di bawah rahmat lindungan Illahi hendaknya menjelang tahun baru hijrah 1445. Semoga kita semua beroleh kejayaan, makin cemerlang dalam kehidupan dan semakin tinggi akhlak seiringan dengan ilmu dunia dan akhirat. Insyaa Allah..

1 Muharam 1445 Hijrah jatuh pada rabu. Manfaatkan hari cuti satu malaysia untuk kembali merenung diri. Muhasabah mana yang patut kena tinggal benda-benda yang tak berfaedah. Tinggalkan di belakang sebagai pengajaran dan sempadan. Pandang dan melangkahlah ke depan dengan iltizam yang jelas dan lebih baik dari sebelumnya.

Perpaduan Teras Malaysia Madani dipilih sebagai tema sambutan Maal Hijrah tahun 2023 bersamaan 1 Muharam 1445H. Malaysia madani adalah berlandaskan enam perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Jadi, dalam mencapai hala tuju tersebut, maka perpaduan sesama kaum amatlah penting.

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1445 H 


Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1445H

Bila sebut hijrah, tentu kita faham secara asasnya kita kena berpindah. Pindah ke mana? Dari mana? Dalam konteks fahaman seorang mukmin, kita tanamkan azam pindah dari perkara tak baik kepada baik dan lebih baik. Menjadi seorang muslim yang baik kepada terbaik dan cemerlang. Kalau boleh dalam segenap segi fizikal dan mental. 

20 Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Muharam 


Berikut adalah antara 20 peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharam.. untuk sama-sama jadi renungan kepada kita semua.

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan 

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud 

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa 

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara 

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah 

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya 

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam 

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun 

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah 

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar 

13. Hari pertama Allah menciptakan alam 

14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat

Baca juga .. Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun

15. Hari pertama Allah menurnkan hujan 

16. Allah menjadikan ‘Arasy 

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz 

18. Allah menjadikan alam 

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril 

20. Nabi Isa diangkat ke langit


Sempena menyambut kedatangan Awal Muharam atau Maal Hijrah 1445 ini, jangan lupa amalkan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Semoga kita semua menjadi individu yang semakin baik dan bermanfaat kepada seisi alam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close