Singgah di RnR Dusun Panti, yang ada menu nasi ayam penyet. Order terus 3 set sekali. Cepat sikit. So, inilah menu kita orang..


Dapat menu nasi ayam penyet dengan ayam yang lembut dan rangup kulitnya. Senang nak makan, samada guna sudu garpu atau tangan saja.. tak risau ayam terpelanting.. hehe
Ayam siap ketuk dan dipenyet/ penyek kan.. baru betul nasi ayam penyet nama dia..
Set ayam penyet pun lengkap, ada tempe + tauhu goreng, ulam kacang panjang + timun, sambal ayam penyet dan sup.

So kalau keluar awal boleh makan nasi campur. Ada macam-macam lauk selera kampung tau..
Kalau ada kesempatan, korang boleh cuba.. ok 👍

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.