Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Labu Kuning Untuk Kesihatan

Khasiat Labu Kuning Untuk Kesihatan. Labu kuning disebut juga labu manis memang sedap dijadikan sayur atau pengat ketika dalam bulan ramadan. Rasanya yang lemak manis dan lembut serta halus isinya memang tak jemu dimakan. Macam-macam kuih boleh dihasilkan dari labu seperti bingka, kuih koci, kek dan banyak lagi. Donat labu pun sedap!

Oleh kerana ia terlalu banyak kegunaannya terutama dalam masakan, maka marilah kita ketahui pula khasiat buah labu untuk kesihatan. 

Khasiat Buah Labu Kuning Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Labu Kuning Untuk Kesihatan

Vitamin dalam labu kuning 


  1. Vitamin C: 4,7 mg.
  2. Riboflavin: 0,078 mg.
  3. Niacin: 0,413 mg.
  4. Folat: 9 mcg.
  5. Vitamin A: 1,7 mg.
  6. Zat besi: 0,57 mg.
  7. Magnesium: 9 mg.
  8. Fosfor: 30 mg.
  9. Kalium: 230 mg.
  10. Natrium: 1 mg.
  11. Seng: 0,23 mg.
  12. Air: 93,69 g.
  13. Energi: 20 kalori (Kal).
  14. Protein: 0,72 g.
  15. Lemak: 0,07 g.
  16. Karbohidrat: 4,9 g.
  17. Serat: 1,1 g.
  18. Kalsium: 15 mg.
  19. Thiamin (vitamin B1): 0,031 mg.
Di samping itu, labu kuning juga diketahui mengandung vitamin B, K, asam folat, serta berbagai jenis antioksidan, antaranya antosianin, kolin, lutein, hingga karoten. Hasil dari bermacam-macam kandungan tersebut, labu kuning dicadangkan sebagai makanan sihat bagi semua kalangan usia, termasuk wanita hamil.

Khasiat Buah Labu Kuning untuk Kesihatan
 

Dari banyaknya jenis zat yang terkandung dalam labu kuning, buah atau sayur labu ini menawarkan berbagai manfaat bagi kesihatan tubuh. 
 

1. Memelihara Kesihatan Mata

Labu kuning membantu memelihara kesihatan mata. Ia mengandungi vitamin A yang tinggi, serta antioksidan lutein dan zeaxanthin yang dipercayai mampu menurunkan risiko katarak dan penyakit degenerasi makula.

Vitamin A dapat membantu penyerapan dan pemrosesan cahaya oleh retina. Asupan vitamin A yang cukup dapat menjaga retina berfungsi dengan baik. Pasalnya, penurunan fungsi retina berisiko menyebabkan penurunan penglihatan hingga kebutaan apabila tidak mendapatkan penanganan dengan tepat.

2. Menjaga Kesihatan Jantung

 
Khasiat labu kuning dalam menjaga kesehatan jantung berasal dari kandungan kalium, serat, dan antioksidan di dalamnya. Kalium bermanfaat untuk mengontrol tekanan darah agar tetap stabil. Sementara itu, serat dan antioksidan dapat menurunkan kadar kolesterol.

Penurunan kadar kolesterol tersebut dapat membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah jantung akibat pembentukan plak kolesterol. Meski begitu, manfaat ini bisa diperoleh dengan optimal apabila diiringi dengan pola makan sehat dan gizi seimbang, mengurangi konsumsi garam dan lemak, serta berolahraga secara rutin.

3. Bagus untuk Diet

 
Salah satu manfaat labu kuning yang sayang untuk dilewatkan adalah dapat membantu menurunkan berat badan karena rendah kalori dan karbohidrat. Hal ini membuat labu kuning menjadi salah satu makanan yang direkomendasikan untuk diet menurunkan berat badan.
 
Di samping itu, labu kuning juga mengandung serat yang tinggi sehingga bisa memperlambat proses pencernaan dan membuat rasa kenyang bertahan lebih lama. Rasa kenyang yang bertahan lebih lama adalah salah satu solusi agar terhindar dari keinginan untuk mengonsumsi berbagai camilan manis yang bisa menyebabkan berat badan bertambah dan meningkatkan kadar gula dalam tubuh.
 

4. Meningkatkan Sistem Imun Tubuh


Ia mengandungi tinggi beta-karotena, di mana badan akan menukarkannya kepada vitamin A. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa vitamin A dapat menguatkan sistem imun dan membantu melawan jangkitan penyakit.

Labu juga mengandungi vitamin C, di mana kajian telah menunjukkan ia meningkatkan penghasialn sel darah putih, membantu sel imun untuk berfungsi secara efektif serta berguna untuk cepat sembuh luka.

Selain vitamin A dan C, labu juga merupakan sumber vitamin E, zat besi dan folat. Kesemua vitamin dan mineral ini terbukti dapat membantu untuk meningkatkan sistem imun.

5. Meningkatkan Kualiti Tidur Anda

 
Manfaat labu kuning berikutnya adalah membuat kualiti tidur meningkat. Ini kerana labu kuning mengandungi sejenis asam amino bernama triptofan yang menghasilkan rasa mengantuk. Selain itu, labu kuning juga dapat membantu pelepasan hormon serotonin, sehingga tubuh dapat merasa rileks dan beristirahat dengan tenang.

6. Menjaga Kesihatan Kulit

 
Selain bermanfaat bagi kesihatan tubuh, labu kuning juga dapat mempercantik kulit. Kulit memerlukan banyak nutrisi agar tetap sihat dan awet muda. Dalam hal ini, labu kuning mengandungi vitamin, mineral, antioksidan, dan serat yang dapat membentuk kulit sehat.

Kandungan beta karotena di dalam labu kuning juga bersifat antioksidan yang bermanfaat untuk menangkal radikal bebas serta mencegah efek sampingan dari paparan sinar UV. Selain itu, labu kuning juga boleh membuat kulit terasa kenyal dan lembut.

7. Menurunkan Risiko Kanser

 
Manfaat labu kuning dalam menurunkan risiko kanser diperoleh dari kandungan vitamin A dan C, serta antioksidan beta karotena di dalamnya. Diketahui, kandungan tersebut dapat menetralkan radikal bebas pemicu kanser dan mengekang pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.

8. Menjaga Kesihatan Otak

 
Labu kuning mengandungi senyawa karotenoid yang diyakini dapat melindungi otak dari senyawa beracun. Selain itu, labu kuning juga bermanfaat dalam menurunkan risiko penyakit Parkinson dan penyakit Alzheimer.

9. Melancarkan Sistem Pencernaan

 
Kandungan serat yang tinggi dalam labu kuning juga dapat membantu mengatasi dan mencegah masalah pencernaan seperti sembelit, sehingga proses pembuangan najis dapat menjadi lebih lancar.

10. Menjaga Kesihatan Tulang

 
Manfaat labu kuning dalam menjaga kesihatan tulang diperolehi dari kandungan vitamin K yang cukup tinggi di dalamnya. Tambahan pula, labu kuning juga kaya dengan vitamin C yang dapat membantu perkembangan tubuh serta pembaikan sel-sel dan jaringan tubuh.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close