Doa ini juga bagus ditujukan kepada anak-anak kita yang jauh duduk asrama atau tidak nampak depan mata. Mintak Allah jagakan mereka untuk kita. Wallahu'alam.
Doa Agar Dijauhkan Dari Segala Bahaya
Mari lah kita amalkan doa seperti di bawah, dari sekian banyak doa yang dihafal.. bacalah. Tak salah ada banyak amalkan doa, kerana Allah suka dan sayang kepada hambaNya yang selalu mengharapkannya.
![]() |
| Rujukan IG Ustazah Asma Harun |
Bila nak baca doa ini?
Ada banyak waktu yang boleh diamalkan bacaan doa agar terhindar daripada segala bahaya. Contohnya nak keluar rumah naik kenderaan, selepas solat fardhu, dan macam-macam lagi.
Bacaan doa dalam rumi:
Bismillahillazi laa yadhurru ma'as mihi syaiin fil ardhi,
Walaa fissamaa'ii
Wahuwassamii ul aliim
Maksudnya:
"Dengan nama Allah yang dengan namaNya tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Semoga bermanfaat.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.