Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Datang 2024, Selamat Tinggal 2023

Selamat Datang 2024, Selamat Tinggal 2023. Belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua pembaca blog ini. Setahun lagi melangkah ke depan. Setelah 2023 di tinggalkan.. yang lepas dah jadi sejarah. Manis atau pahit, tetap telah ditinggalkan. Yang bagusnya kita masih teguh melangkah ke tahun baru. 

Selamat Datang 2024, Selamat Tinggal 2023

Apa azam yang ditanamkan? Ada tak menulis tekad dan impian di tahun 2024 ini? Mestilah ada, kan? 

Kalau nak mencipta mimpi indah, maka sediakan persekitaran yang menginspirasikan perjalanan ke arah itu. Jika dulu, ada banyak azam dan impian tidak tertunai, kini cuba cara baru pula untuk mewujudkan segala impian dan harapan tersebut. Mungkin anda kena menukar circle rakan-rakan anda, cara berfikir mungkin perlu diperhatikan.. dan mana tahu impian itu pun perlu diperbaiki?

Bagi saya, setiap hari kaki melangkah.. saya pastikan ianya akan memberi manfaat baik samada kepada diri sendiri atau orang sekeliling. Itu je yang sedang saya usahakan, moga istiqamah.

Apa lagi nak dikejar dalam hidup ini? 

Perhatikan usia dan usaha kita. Apakah ia menguntungkan dan menambahkan bekalan kita untuk hidup di dunia hingga ke akhirat.

Biarlah tahun 2023 menjadi sejarah. Di tahun 2024, kita menantikan lagi 365 hari sinaran mentari yang menyinari perjalanan kita. 

Semoga bersama kita menikmati hari-hari indah di sepanjang jalan penuh bermakna di tahun 2024. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat Tahun Baru! Moga tahun mendatang akan membawa rahmat ke dalam kehidupan kita dan sentiasa diberkati Tuhan

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close