Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran. TETAP TEGUHLAH KAMU DI ATAS JALAN KEBENARAN. Walaupun ia susah, perit dan memerlukan pengorbanan. Kebenaran memang payah untuk di tegakkan tetapi jika kita istiqamah melakukan yang betul dalam sesuatu perkara, maka Allah akan hadirkan pertolongan dari pelbagai sudut yang tidak disangka-sangka.

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran


Firman Allah SWT :

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَاۤ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ
[Surah Hūd: 112]

Terjemahan :

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."

Dengan itu, bertindak sederhana tetapi bijak dalam sesuatu perkara adalah paling wajar agar kita tidak tersekat dalam sesuatu keadaan terlalu lama. Jika ada permasalahan, kita selesaikan dengan rendah hati, bukannya rendah diri.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close