Baru saja detik 12 malam berlalu. Laungan merdeka terdengar di seluruh tempat, taman perumahan, dataran, dan dimana saja. Merdeka! Seiringan dengan itu percikan bunga api menghiasi angkasa. Alangkah bangganya sebab kita masih sempat menyambut kemerdekaan dengan aman daman dan santai.
Tetapi merdeka kah hati kita? Merdekakah jiwa kita? Hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya.

Merdeka Malaysia Sudah 67 Tahun
Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 67 tahun di tahun 2024. Usiamu semakin matang dan dewasa, Malaysiaku.
Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2024
“Jiwa Merdeka” telah di Pilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
Berikut merupakan penjelasan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka. “Malaysia Madani” dengan tema “Jiwa Merdeka” yang menjelaskan konsep utama dan nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia dalam mencapai kemajuan dan kesejahteraan negara.
Logo Hari Kebangsaan 2024

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysiaku yang ke 67 tahun.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.