Sambal tomato versi saya mudah dan amat simple. Buat dengan bahan-bahan yang ada saja, tetapi yang wajib ada tentulah tomato.


Bahan-bahan yang dimasukkan termasuklah cili padi, cili hidup, bawang merah, ikan bilis dan tomato. Lain-lainnya kenalah masukkan garam, sedikit gula dan ajinomoto. Akhir sekali perahkan dengan limau kasturi. Alhamdulillah.. sedap 🤩🤩
Tapi sebelum tu, korang goreng dulu semua bahan, kemudian blend @ kisar. Tomato je korang hiris dadu kecil-kecil, jangan blend.
Bila dah blend semua, tumis balik dalam kuali dan masukkan tomato tadi. Senang je ✌



Kemudian, makan simple je dengan lauk telur mata. Sebabnya tak tau nak makan apa dah untuk lunch. Tengok kat TT ada orang buat lauk telur mata, makan dengan timun. Itu yang terbuka selera kami. Kemudian saya gorengkan tempe dengan tepung serbaguna Bestari. Memang tak toleh kiri kanan jadinya.. hehe

Itulah kisah lunch kami hari ini, di hari ahad yang mendung dan hujan di beberapa tempat. Apa yang penting perut kami kenyang sampai ke petang.
Bye!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.