Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku. Saya suka berkebun walaupun tak la pandai sangat. Pada mula saya nak berkebun iaitu 4 tahun lepas (tahun 2021), saya belajar dari youtube dari A sampai Z. Saya ikut step by step, memang berdisplin la orang kata.. nah, hasilnya tumbuhan yang saya tanam semua membesar bagai johan! Haha..

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Kali ni saya share pokok spider plant saya, yang tergolong dalam kalangan pokok yang di tanam dalam kawasan teduh atau indoor. 

Bagusnya tanaman indoor ni, ia tak perlu direct matahari dan tak perlu bersiram je. Kadang seminggu sekali baru siram. Alhamdulillah, pokoknya tumbuh subur dan semakin tinggi. 
 
Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Lagi satu tumbuhan indoor saya adalah pokok kaktus. Pokok kaktus saya ni banyak daunnya. Tetapi, pelik tak keluar bunga pulak. Hehe.. ada sesetengah pokok kaktus keluar bunga yang cantik.. hmm.. mungkin saya silap letak baja. Mungkin..

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Mudah juga menjaga dan menanam pokok kaktus. Tak perlu berkejar nak siram dia, kalau nak tanam baru, hanya perlu tetas bahagian batang dia dan cucuk dalam pasu. Lepas seminggu dah bercambah daun baru. Memang mudah!

Kalau korang tak nak pening kepala, tanamlah pokok indoor yang tidak perlu penjagaan rapi.

Selamat berkebun.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.