Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri. Susah ke nak buat baik, melakukan perkara-perkara yang baik. Berkata yang baik-baik? Susah ke? Berbuat baik adalah percuma dan ia tidak menyakitkan badan atau minda kita pun, betul tak? Justeru, fikir dalam-dalam sebelum kalian berbuat jahat kerana segala balasan kesakitan itu akan berbalik kepada dirimu sendiri.

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Dalam surah al Isra', Allah berfirman..
    
مَّنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهۡتَدِي لِنَفۡسِهِۦ ۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيۡهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٞ وِزۡرَ أُخۡرَىٰ ۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبۡعَثَ رَسُولٗا

Ertinya:

Barang siapa yang berbuat kebaikan dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat, maka sesungguhnya dia membuat kejhatan (kerugian) bagi dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul. (QS. Al-'Isrā 17:15)

Sesungguhnya membuat kebaikan percuma kosnya dan ia tidak menyakitkan. Jadi mengapa masih memilih berbuat jahat dan menyakiti orang lain atau makhluk lainnya demi hanya untuk memuaskan diri sendiri.

Tidakkah kamu berasa rugi disebabkan ego dan dendam sendiri maka kamu menyiksa dan menzalimi dirimu sendiri. 

Ingatlah bahawa kebaikan walaupun sekelumit bentuknya tetapi tetaplah dibalas baik juga oleh Allah SWT. 

Melakukan kebaikan dengan walau sekadar senyuman, sebaris salam, anggukan faham, memudahkan urusan orang lain, dan sebagainya sudah cukup memberikan balasan baik kepada jiwamu sendiri. Dengan sekecil dan sebatas itu saja, kamu sudah menang sebenarnya. Dan kebaikan termahal yang kamu perolehi adalah ketenangan.

Maka, usahlah berbuat jahat kerana itu amat memenatkan jiwa dan fizikal. 

Hiduplah baik-baik dan bukan sekadar bernafas.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close