Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi. Entri ini sesuai dibaca untuk mereka yang konsisten tengah diet. Bukan diet hangat-hangat tahi ayam. Ni diet sanggup tak makan nasi punya...
Apakah jenis buah yang sesuai di makan di waktu pagi?


Baiklah. Baca penerangannya hingga akhir.
Buah-buahan yang bagus di makan pada waktu adalah seperti berikut;
1. Pisang - pisang tinggi kandungan kalium, ia membantu mengawal tekanan darah dan memberi tenaga segera
2. Betik - Betik kaya dengan vitamin C & A. Ia membantu proses penghadaman dan melancarkan usus
3. Strawberi - Strawberi kaya dengan vitamin C. Ia membantu menguatkan sistem imun dan bagus untuk kulit
4. Nanas - Nenas mengandungi enzim bromelain. Ia dapat mwngurangkan keradangan dan bantu pencernaan protein
5. Buah kiwi - Buah kiwi juga tinggi vitamin C. Ia dapat membantu penghadaman dan kaya antioksidan
6. Anggur - Buah anggur tinggi lutein (antioksidan penting). Ia bagus untuk kesihatan mata dan kulit.
Maka, perhatikan betul-betul buah-buahan yang sesuai di makan pada waktu pagi. Kebanyakannya adalah buah yang berwarna warni dan mudah didapati. Dan, buah-buah yang masam juga boleh di makan pada waktu pagi, jadi jika korang memang dah bersedia untuk menjaga kesihatan secara teratur, makanlah buah-buah yang saya sebutkan di atas.
Semoga bermanfaat.

1 Comments
Jarang 2 pagi2 makan buah
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.