Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik. Dah lama tak makan lemak cili api telur itik. Sampai ambil 2 ketul sekali.. hehe

Kisahnya tadi pagi kami melawat si bongsu di KMJ Tangkak, hantar kunci mangga, plug, ubatan dan makanan. Puncanya masa pendaftaran hari tu, terlupa nak bawak semua benda tu. Gembira dan ceria je muka si bongsu tu, almaklum kelas belum bermula. 

Dalam perjalanan balik, singgah makan dan kami order asam pedas kepala ikan merah, kulat sisir masak lemak putih, lemak cili api telur itik, telur sotong masak lemak kuning dan tak lupa tempe cicah sambal kicap.

Kat mana-mana mesti nak order tempe.. haha

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Encik suami memang penggemar asam pedas. Kepala ikan merah lah faveretnya, tapi dia kata biasa je rasanya. Sebab dia pernah makan asam pedas yang lebih sedap. Habis juga dia meratah kepala ikan tu..

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Lemak cili api telur itik dia sedap! Alhamdulillh. Tak sia-sia ambil 2 ketul sekali.

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Telur sotong masak lemak kuning. Encik suami yang order, dia kena habiskan. Saya tak berapa minat.

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Gambar tengah tu kulat sisir, masak lemak putih. Sedap dan pedas.. memang kena dengan citarasa kami. 

Tempe cicah sambal kicap memang padu! Sambal kicap dia memang style orang Johor la, pekat dan pedas + manis. 

Untuk semua menu tu dan air, harganya agak murah. Kami sangkakan cecah RM100, tetapi tak sampai pun. Sebab kalau makan di JB, kepala ikan merah seketul je dah cecah RM50. Inilah rezeki namanya. 

Ahamdulillah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.