Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga. Masakan lemak cili padi memang jadi kegemaran family kita orang, dari dulu lagi. Dari kecik pun kami orang jawa suka masak lemak, lemak putih atau cili padi.. memang semua on!! Bila anak-anak sendiri dah besar panjang,, dan suka ikan siakap. Maka emak dia orang ni kena kreatif nak masak siakap, samada asam pedas, kari, lemak cili padi, goreng berempah dan sebagainya. Siakap ke siakap, tak pernah bosan. Hehe



Jadi, hari ni kita masak lemak cili padi la, mudah dan sedap pulak tu..

Resepi Siakap Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap saiz besar - kerat 5 bahagian
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
20 tangkai cili padi - kisar
Sedikit ikan bilis - kisar
1 sudu kecil Serbuk kunyit - kisar
1 kotak santan
1 keping asam keping
Garam secukupnya
Cara menyediakan;
1. Goreng ikan siakap yang telah diperap dengan kunyit dan garam. Goreng ikan lama sedukit, hingga kekuningan.
2. Semua bahan kisar hingga halus sebati
3. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau dan masak.
4. Masukkan santan dan asam keping. Gaul rata
5. Kecilkan api dan biarkan kuah mendidih perlahan.
6. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka
7. Akhir sekali masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi.
8. Bila telah mendidih, matikan api. Siap untuk dihidangkan.


Kalau korang suka lebih pedas, boleh titikkan cili padi lagi. Ikut suka nak pedas macam mana, hehe
Selamat memcuba.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.