Bersihkan Hati. Insha Allah hidup akan lebih tenang. Tetapi tak mudah nak bersihkan hati kerana ia letaknya di dalam. Tak siapa nampak kecuali Allah SWT. Sebab itu orang tak berapa pandang nak bersihkan hati, kerana tak ada orang yang akan nampak hati kita hitam, putih atau sebaliknya.

Namun, ketahuilah jika kita bertakwa kepada Allah, hati lah yang kita amat jaga, barulah luaran kita akan ikut ke mana hati kita itu berada.

Bersihkan hati, tafsirkan yang baik², minda insha Allah akan lebih tenang.
Ulama tabiin, Talhah bin Abdurahman bin Auf adalah salah seorang yang paling pemurah di zamannya.
Suatu ketika isteri beliau berkata : "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih teruk daripada sahabat²mu. Semasa engkau kaya, mereka selalu datang bertandang. Apabila engkau jatuh miskin, mereka terus meninggalkan dirimu."
Talhah menjawab : "Demi Allah, sebaliknya itu tanda kebaikan mereka kepada kita. Mereka bertandang di saat kita mampu memuliakan mereka. Mereka menjauh di saat kita tidak mampu memuliakan mereka."
(Adab al-Dunya wa al-Din, h. 222)
Lihatlah bagaimana beliau memaknai perbuatan buruk dengan tafsiran yang baik kerana kebersihan hatinya. Kebersihan hati akan memberikan kerehatan di dalam hati.
Tanggapan yang baik di dalam hati jauh lebih baik daripada bersangka-sangka yang akhirnya tubuh jadi lemah dan tak sihat. Banyak bersangka kepada orang lain memang memenatkan. Kita asyik nak ambil tahu tentang mereka sehingga lupa pula yang sebenarnya diri kita perlukan rawatan.
Cara merawat hati adalah dengan membuang segala hasad dan prasangka.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.