Header Ads

Daun Pudina Boleh Halau Tikus?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Daun Pudina Boleh Halau Tikus?
Daun Pudina Boleh Halau Tikus? Anda rasa terancam pula bila rumah banyak tikus? Bagaimanakah caranya nak halang tikus daripada masuk rumah kita? Saya ada terbaca ulasan dalam Google, ada yang membela kucing untuk menghalau tikus. Orang tua kata, kalau ada bau kucing dalam rumah, tikus tak berani masuk. Iya ke? Tapi, kalau kucing yang takut tikus pulak macam mana? Hehe.. 

Kena cari cara lain untuk halau tikus nampaknya. Ada yang menggunakan daun durian belanda. Terpulanglah apa cara yang digunakan, asalkan rumah kita bersih dari menjadi sarang tikus. 

Daun Pudina Boleh Halau Tikus?

Daun Pudina Boleh Halau Tikus?


Daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Daun Pudina Boleh Halau Tikus?

Ada petua untuk menghalau tikus menggunakan daun pudina. Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tumbuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.