Berpegang Pada Pesanan Ini. Carilah Hidup Yang Dipenuhi Keredhaan Allah. Engkau tidak akan menyesal. Carilah dan kejarlah redha Allah, Maka engkau takkan bimbang dengan REDHA manusia. Sekali Allah redha, semuanya menjadi lancar, berjaya dan tenang sampai bila-bila. Berkali-kali saya mengingatkan diri sebelum buat sesuatu. "Apakah kesan akan perbuatanku ini pada akhiratku nanti?", "apa manfaatnya untuk diri sendiri dan orang lain?" - dan macam-macam persoalan lagi.


Carilah Hidup Yang Dipenuhi Keredhaan Allah
“Carilah hidup yang dipenuhi keredaan dan keberkatan Allah. Jadikan setiap nafas yang dihembus sebagai jalan untuk berbakti dan memberi manfaat kepada ummah. Kerana manusia yang paling mulia bukan yang paling banyak memiliki, tetapi yang paling banyak membawa kebaikan kepada insan lain.”
Nak Allah redha, dapatkan redha suami iaitu bagi wanita yang telah berkahwin. Nak Allah redha, mintalah redha ibu iaitu wanita keramat yang Allah angkat darjatnya.
Niatkan sesuatu perbuatan baik setiap hari sebagai jihad kita di jalanNya. Nak pergi bekerja niatkan berjihad, nak bagi kepada anak-anak duit niatkan sedekah, buatkan sarapan untuk suami niatkan ehsan dan sedekah kita untuk dia dan banyak lagi. Gembirakan kawan-kawan pun satu sedekah. Semoga Allah redha dengan setiap niat baik dan ehsan kita terhadap orang sekeliling.
Salam Motivasi, Dari Aynora.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.





1 Comments
semoga kehidupan kita mendapat redha Allah.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.