Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Malaysia Madani: Rakyat Disantuni Tema Hari Merdeka Yang Ke 68

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 68 tahun. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dalam tahun 2025 ini, sudah 68 tahun rupanya Malaysia ku yang tercinta ini menyambut kemerdekaan. Walau ketika kemerdekaan Malaysia diraikan kita belum lahir ke dunia, tetapi semangatnya tetap mengalir dalam diri dan darah kita anak Malaysia.

Bila tiba harinya, laungan merdeka terdengar di seluruh tempat, taman perumahan, dataran, dan dimana saja. Merdeka! Seiringan dengan itu percikan bunga api menghiasi angkasa. Alangkah bangganya sebab kita masih sempat menyambut kemerdekaan dengan aman daman dan santai.

Tetapi merdeka kah hati kita? Merdekakah jiwa kita? Hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya.

Malaysia Madani: Rakyat Disantun Tema Hari Merdeka Yang Ke 68


Malaysiaku Merdeka Sudah 68 Tahun


Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 68 tahun di tahun 2025. Usiamu semakin matang dan dewasa, Malaysiaku.
Pada 31 Ogos 2025, Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-68. Merdeka 2025 akan menjadi perayaan yang meriah dan bermakna bagi rakyat Malaysia. Acara perayaan akan diadakan di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti dan acara yang menarik.

Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2025


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68! 🇲🇾

Hari kebangsaan bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi detik untuk kita mengenang pengorbanan pejuang terdahulu dan menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

Tahun ini kita menyambut kemerdekaan dengan tema “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, sebuah gagasan yang mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas dari penjajahan, tetapi juga tanggungjawab untuk terus menjaga perpaduan, kebajikan dan kesejahteraan bersama.

Tema ini melambangkan harapan dan tekad kita untuk membina sebuah negara yang lebih adil, sejahtera dan berperikemanusiaan – di mana setiap rakyat dirai dan disantuni tanpa mengira latar belakang.

Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat. Penekanan pada tema “Rakyat Disantuni” pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama

Semoga semangat kemerdekaan ke-68 ini menjadi dorongan untuk kita terus bersatu hati, memperkukuh perpaduan dan berganding bahu demi Malaysia yang lebih gemilang.

Logo Hari Kebangsaan 2025


Malaysia Madani: Rakyat Disantuni Tema Hari Merdeka Yang Ke 68


 
Selamat menyambut kemerdekaan Malaysiaku yang ke 68 tahun.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close