Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Asam Pedas Jenahak Menu Lunch Kami

Asam Pedas Jenahak Menu Lunch Kami. Lunch tadi kami sempat singgah makan di Asam Pedas Ledang, berdekatan dengan KMJ, Tangkak. Orang kata asam pedas di Tangkak ni sedap dan kuah cair boleh hirup. Asam pedas kuah cair ni memang style Johor. 

Kami sampai di Asam Pedas Ledang dalam pukul 12.15 tengahari. Dapat parking ngam-ngam depan restoran. Pada waktu puncak macam ni memang parking akan jadi masalahnya tetapi tadi okay je semuanya. Tak ada masalah langsung. Lagipun rezab parking mencukupi. Kalau korang nak pergi menikmati asam pedas di Tangkak, salah satunya adalah anda boleh mencuba di Asam Pedas Ledang.

Asam Pedas Jenahak Menu Lunch Kami

Asam Pedas Jenahak Menu Lunch Kami

Set asam pedas untuk 3 orang termasuklah 1 bahagian kepala (separuh) dan 2 bahagian isi ikan jenahak. Memang kuah cair boleh hirup dan bujang kami makan sampai kering kuahnya.

Asam Pedas Jenahak Menu Lunch Kami

Selain tu, order jugak sayur tauge dan telur dadar untuk 2 orang makan. Tak ketinggalan set telur masin untuk 2 orang. 

Alhamdulillah, selesai makan dengan set 3 cawan air, waktu bayar semua makanan berjumlah RM77-00.

Apa kata korang? Mahal atau sebaliknya? Bagi kami semua ini berbaloi je dengan rasanya yang boleh tahan.. sesuai dengan tekak.

Okay bye!!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments