Makan-Makan Santai Dengan Family. Anakanda kami yang belajar di luar negara telah pun kembali ke tanahair dengan selamat. Cuma tunggu panggilan untuk membuat HO nya saja. Semoga hajat dan cita-citanya untuk berbakti kepada seluruh umat dipermudahkan dan mendapat izin Allah. Insha Allah.

Seperti dalam gambar, kami order Nasi Kokokbek Lambshank & Nasi Kokokbek Ayam. Nasinya agak banyak dan boleh berkongsi dengan family.


Ada juga menu sampingan seperti keropok lekor dan popia otak-otak. Menu panas-panas ya dan rangup! Order kena lebih takut tak cukup.
Santai makan dengan family di restoran Kopi Tenggek. Kami singgah secara tak sengaja. Balik buat passport di Kukup dan kemudian dah sampai kat restoran yang viral ni.



Macam biasa kami order kopi tenggek, yang rasanya boleh tahan jugak.
Mengenai harga pula, agak berpatutan berdasarkan menu apa yang korang order.
Okay bye!!



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.