Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Sambal Paru Air Tangan Si Bujang

RESEPI SAMBAL PARU air tangan si bujang. . Anak bujang saya amat sukakan paru, terutama yang di goreng rangup atau pun dimasak sambal. Kemudian makan dengan nasi lemak. Sedapnya..

Di bawah ni saya kongsikan resepi dari En Mat Gebu yang mana anak bujang saya gunakan sebagai rujukan.

Resepi Sambal Paru Air Tangan Si Bujang

Resepi Sambal Paru


Bahan-bahannya:

600+ gm paru lembut (kurang lebih), potong 3 bahagian dan cuci bersih
1/2 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh ketumbar biji*
1 biji bawang holland, dibelah 6 dan leraikan
2 helai daun limau purut
1 camca teh pes asam jawa
1/2 cawan cili kisar
2 camca besar sos cili
2 batang serai - diketuk
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1/2 cawan air panas

Bahan-bahan yang ditumbuk lumat :

4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :

1. Rebus paru dengan kesemua bahan2 bertanda (*), rebus hingga paru lembut, tos dan biar paru sejuk. 

2. Hiris sederhana tebal, kemudian gaul dengan 1/2 camca teh garam dan 1 camca teh serbuk kunyit, 

3. Gaul rata dan goreng hingga sedikit garing. Angkat dan toskan.

4. Dalam kuali yang sama, keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 1/3 cawan. Tumis bahan2 yang di tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar dan serai, kacau rata dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili dan pes asam jawa, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.

Resepi Sambal Paru Air Tangan Si Bujang

5. Masukkan air dan daun limau purut, kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah gula melaka dan kacau lagi. 

6. Masukkan paru, gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya. 

Resepi Sambal Paru Air Tangan Si Bujang

Resepi Sambal Paru Air Tangan Si Bujang

7. Akhir sekali tambah bawang holland, kacau dan masak sekejap. Sesuaikan rasa, dan jika ok boleh matikan api, Boleh hidangkan.

Kalau ada bahan sampingan yang tak ada pun tak apa.. anak bujang saya buat tak letak daun limau purut. Hehe.. sebab tak ada stok kat rumah.

Selamat mencuba!

Disyorkan Untuk Anda: Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments