Aynorablogs | Cerita Dan Citarasa

Cara Bayar Zakat Online Negeri Johor

Cara Bayar Zakat Online Negeri Johor. bayar zakat fitrah setahun sekali tetapi bila nak bayar mesti lupa nak login punya password. Kali ini bila berjaya login, saya terus save password untuk kegunaan bila diperlukan.


Kemudahan pembayaran yang disediakan termasuklah zakat harta dan zakat fitrah.

ZAKAT HARTA


Kaedah pembayaran boleh dilakukan melalui :Zakat Johor Online Payment https://epayment.maij.gov.my

Saluran pembayaran Zakat Harta melalui Perbankan Internet (Online Payment).


*Bagi pembayaran melalui perbankan internet, sertakan bukti pembayaran dan butiran seperti berikut:

(Nama, Alamat, No. Telefon, Jumlah bayaran, Jenis Zakat,Tahun Haul)

kepada alamat email: ibanking@maij.gov.my

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Negeri Johor


1. Masuk https://epayment.maij.gov.my, skrin di bawah dipapatkan.

Cara Bayar Zakat Online Negeri Johor

2. Bila tekan butang epayment MAIJ, akan keluar skrin di bawah. 

Masukkan nombor kad pengenalan & kata laluan anda. Jika pernah buat urusan sebelum ini, rekod sejarah akan terpapar. Jika belum pernah, anda kena cipta kata laluan dulu sewaktu mendaftar.

Cara Bayar Zakat Online Negeri Johor

3. Kemudian skrin untuk memilih menu terpapar. Pilih zakat yang korang nak bayar. Contohnya Fitrah Online. Tekan menu Fitrah Online. (Jika anda kerap menggunakan eMAIJ payment, rekod resit anda akan tersimpan di situ.)

Cara Bayar Zakat Online Negeri Johor
4. Pilih bayaran zakat untuk diri sendiri atau pihak ketiga.

5. Selepas pilih Fitrah Online, masukkan data maklumat anda, dan ada akad kena baca dan teruskan dengan urusan pembayaran.

Cara Bayar Zakat Online Negeri Johor

Selesai sudah bayar zakat fitrah untuk pihak ketiga dan diri sendiri. Berapa banyak kita nak bayar untuk ibu bapa, ahli keluarga anak-anak dan suami/isteri pun boleh.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

Info Menarik >>>