Cuci Kereta Dan Polish Lampu Depan Sekali. Hari minggu begini pagi-pagi kami dah terpacak kat car wash, sebab takut semua tempat penuh. Kan minggu depan dah raya kita, hehe.. rupa-rupanya memang betul. Kami Kereta ke 3 yang bersusun nak dicuci.


Alhamdulillah, berkilat dah my black knight!! Rasanya dah 2 bulan tak cuci kereta kat carwash. Ada pun cuci sendiri kat rumah dengan apa yang terdaya.. hehe

Setelah berbincang sedikit dengan bahasa ayam + itik, kami ambil pakej water wax dengan polishing lampu depan 2 biji. Dia orang caj 2 biji tu asing-asing tau, contoh kalau korang nak cuci sebelah je, Maka di caj harga sebelah je..


Cuci Kereta Polish Lampu Depan Sekali
Saya sebagai wanita yang pandai bawak kereta je, tak tau pun ada mesin yang boleh kilatkan lampu kereta. Ada juga encik suami kata lap je lama-lama guna cream dia, tapi saya kan wanita. Mana lah pandai.. tu yang saya hantar kedai je. Akhirnya lampu kereta dah berkilat dan berkilat. Hihi.. happy nya 😄😄

Lega hari bila kereta dah bersih. Sampai je kat rumah hujan turun dengan lebatnya. Jika tidak, 2 kali cuci gamaknya keretaku ini. Lampu depan dah berkilat, jika tidak sebelum ni warna dia kuning je.
Kereta bersih, wangi luar dalam barulah bersemangat nak drive, betul tak?




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.