Peringatan Maklumat Berkaitan Borang Nyata Pendapatan 2025 Oleh LHDN. Mytax sudah boleh dikemukakan mulai 1 Mac 2026 iaitu untuk penggajian dan pendapatan tahun 2025. Para pembayar cukai merupakan warganegara yang banyak membantu dalam perkembangan ekonomi negara.

Semoga maklumat di atas dapat membantu anda dalam urusan pengemukaan penyata pendpatan tahun 2025. Tarikh akhir pengemukaan borang nyata oendapatan adalah pada 30 April 2026.

Sebubungan dengan itu, pihak LHDN telah memuatkan peringatan berikut:
| 1. Tarikh akhir pengemukaan borang dan bayaran cukai atau baki cukai kena dibayar: 30 April 2026 2. Kegagalan mengemukakan borang nyata pada atau sebelum tarikh akhir pengemukaan: -Penalti di bawah subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) akan dikenakan. 3. Kegagalan membayar cukai atau baki cukai kena dibayar pada atau sebelum tarikh akhir pengemukaan: -Kenaikan cukai 10% di bawah subseksyen 103(3) ACP 1967 akan dikenakan. 4. LHDNM telah beralih kepada penggunaan Nombor Bil sebagai nombor rujukan mandatori bagi pembayaran cukai / baki cukai. Nombor Bil boleh diperolehi melalui kaedah berikut: -Slip pengesahan penerimaan e-Borang bagi pengemukaan secara e-Filing. -Semakan Nombor Bil di portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my > Perkhidmatan ezHasil > e-Billing. -Cetakan di notis taksiran dan surat-surat tuntutan bayaran daripada LHDNM.. 5. Cara pembayaran cukai atau baki cukai: i. Bayaran menggunakan Nombor Bil boleh dilakukan seperti berikut : - Perkhidmatan ByrHASiL dipautan https://byrhasil.hasil.gov.my - Bank komersial yang dilantik LHDNM - Rujuk di https://www.hasil.gov.my - Menggunakan nombor Virtual Account (VA) janaan dari sistem e-TT dipautan https://ett.hasil.gov.my - Menggunakan kad kredit/ kad debit di kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur - Kaunter Pos Malaysia Berhad ii. Bagi tujuan bayaran, pastikan nombor bil yang digunakan adalah tepat seperti ditetapkan. Pembayar cukai boleh mencetak slip bayaran atau mengimbas kod QR pada slip bayaran sebagai rujukan semasa pembayaran. 6. Mengikut seksyen 89 ACP 1967, pertukaran alamat hendaklah dimaklumkan kepada LHDNM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pertukaran alamat. Makluman boleh dibuat secara dalam talian melalui MyTax menggunakan menu e-Kemaskini Profil Diri. Sila layari https://mytax.hasil.gov.my |


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.