Aynorablogs | Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini!

INFO MENARIK >>>

Beli Harumanis Perlis Kali Pertama Secara Online

Beli Harumanis Perlis Kali Pertama Secara Online. Mangga yang berharga tinggi sedangkan ia cuma sekadar buah mangga. Kenapa yang mahal sangat harganya? Korang rasa kenapa ya? Kadang-kadang nak fikir banyak kali kalau nak beli, bukannya apa.. takut mangga yang kita dapat nanti tidak seperti apa yang diviralkan selama ini.

Fakta tentang mangga Harumanis


Mangga harumanis
atau nama saintifiknya ‘Mangifera indica Linn’ adalah sinonim dengan negeri Perlis. Mangga ini mendapat namanya daripada aromanya yang harum dan rasanya yang manis. Mangga ini merupakan baka mangga terbaik di Malaysia. Mangga harumanis hanya berbuah sekali sahaja setahun antara bulan April hingga Jun. Faktor cuaca panas dan kemarau di negeri Perlis pada bulan Januari sehingga Mac sesuai untuk mangga harumanis berbunga. Pekan Chuping di Perlis pernah merekodkan suhu tertinggi dan terpanas di Malaysia iaitu 40.1 ⁰C. Maka tidak hairanlah mangga harumanis lebih sesuai ditanam di negeri Perlis.

Ciri-ciri Mangga Harum Manis

  • Bentuk - Buah berbentuk bujur sedikit melengkung, hujungnya tirus.
  • Kulit - Hijau walaupun masak, tetapi mengeluarkan bau harum semerbak.
  • Isi - Berwarna oren kekuningan, lembut, dan tidak berserat.
  • Rasa - Sangat manis, dengan sedikit rasa lemak berkrim.
  • Berat - Biasanya antara 250–450 gram sebiji.

Mangga harumanis akan harum dan manis apabila sudah matang dan bersedia untuk dimakan oleh penggemarnya. Mangga harumanis mengandungi protein, lemak, karbohidrat, serat dan air. Indeks glisemik (GI) adalah 55 unit dimana buah mangga mengandungi karbohidrat sederhana yang cukup untuk menyebabkan lonjakan glukosa darah. Ini adalah nilai garis batas antara GI sederhana dan rendah. Walaupun mangga harumanis tidak berbahaya bagi penghidap diabetes, tetap tidak digalakkan mengambilnya dalam jumlah yang banyak. - sumber

Beli Harumanis Perlis Kali Pertama Secara Online

Beli Harumanis Perlis Kali Pertama Secara Online

Pengalaman Merasai Mangga Harumanis


Harumanis, buah mangga yang viral bila tiba musimnya. Bila lagi nak merasa kalau tidak sekarang. Kami tengok live harumanis perlis dan dapat beli pada harga RM110 untuk berat 3 kg. Tapi biasalah, dalam banyak-banyak buah mangga harumanis tu, ada jugak yang kurang manis. Itu takde rezeki namanya. Huhu..

Beli Harumanis Perlis Kali Pertama Secara Online

Beli Harumanis Perlis Kali Pertama Secara Online

Melalui pengalaman ini, kami merasakan TIDAK semua buah mangga harumanis berbau harum dan manis isinya. Dalam 7 biji buah harumanis yang diterima, ada 2 biji yang kurang memuaskan hati. Keadaan isinya agak pucat dan macam belum cukup masak ketika di terima. Tetapi apa nak buat, kami hiris nipis-nipis buat kerabu mangga. Hehe...
 
Beli Harumanis Perlis Kali Pertama Secara Online

Walau bagaimanapun, pengalaman merasai sendiri mangga harumanis adalah sesuatu yang menggembirakan setelah selama ini hanya memerhati dari jauh. Orang kata harumanis pun ada gred-grednya. 

Jadi, jika korang mahu membeli mangga harumanis, belilah dengan mendapat gambaran yang betul. ataupun, pergilah ke Perlis dan lihat depan mata akan buah yang mahu dibeli.

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Post a Comment

0 Comments