Cara Kira Ganjaran Perkhidmatan Pegawai Kerajaan Yang Akan Bersara. Bagi kakitangan awam yang bersara, tiada penetapan tempoh khusus tertentu seperti 25 tahun, atau 20 tahun, mahupun 17 tahun setengah perkhidmatan bagi melayakkan terima Ganjaran Perkhidmatan

Ditegaskan, tidak perlu tunggu tempoh berkhidmat 30 tahun pun, untuk pegawai Skim Pencen layak terima Ganjaran Perkhidmatan.
Info tambahan:
1. Semakin ramai pada ketika ini (tahun 2026) pegawai lantikan mulai 12 April 1991 mula bersara. Sama ada bersara wajib atau pilihan. Justeru, sama ada pegawai lelaki atau wanita, pegawai² ini layak terima pencen mulai umur seawal 55 tahun jika bersara pilihan.
2. Jika pegawai ini bersara pilihan pada usia sebelum usia 55 tahun, pencen bulanan sahaja kena tunggu dikreditkan ketika pegawai ini capai usia 55 tahun.
3. Pada bulan capai usia 55 tahun, 'bersedia' sahaja. Pastikan akaun bank aktif, pencen bulanan akan mula dibayar. Ikut bilangan hari mulai kita dah capai usia 55 tahun pada bulan tersebut. Bulan berikutnya barulah amaun pencen dibayar penuh.
4. Dalam erti kata lain, bersara seawal usia 40 tahun, lagi lama lah kena tunggu untuk dapat pencen bulanan. Namun begitu, ganjaran perkhidmatan, Award Wang Tunai GCR dan kad pesara, akan diterima mulai tarikh persaraan pada usia persaraan pilihan seawal 40 tahun itu.
Prinsip ini terpakai kepada pegawai yang pilih Skim Pencen.
Cara Kira Ganjaran Perkhidmatan Pegawai Kerajaan Yang Akan Bersara

Penetapannya begini, pegawai cukup syarat seperti berikut:-
1. Tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun,
2. Cukup umur sekurang-kurangnya 40 tahun,
3. Boleh bersara pilihan
Tiada had tempoh perkhidmatan maksimum tertentu. Tempoh diambil mengikut tempoh perkhidmatan sebenar bagi pengiraan Ganjaran Perkhidmatan.
Jom kita kira macam mana nak dapatkan amaun Ganjaran Perkhidmatan. Ini formulanya.
Contoh 1:
7.5% x jumlah bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x Gaji Akhir (Pokok)
Contoh pengiraan :
7.5% x 506 bulan x RM4,266.74
= RM161,922.78 (Ganjaran Perkhidmatan)
Contoh 2:
(Kurang 30 tahun)
Ini formulanya :
7.5% x jumlah bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x Gaji Akhir (Pokok)
Contoh pengiraan :
7.5% x 240 bulan (20 tahun) x RM4,266.74
= RM76,801.32 (Ganjaran Perkhidmatan)
Semoga bermanfaat.
Terima kasih FB - Bahagian Pencen JPA yang memberikan pencerahan.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.