Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat

Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat. Hari jumaat adalah hari kita, hari muslimin Dan muslimat di seluruh Dunia. Hari jumaat adalah hari paling mulia dalam seminggu, sehingga banyak amalan dan ibadat yang dilaksanakan pada hari jumaat mendapat ganjaran yang lebih berbanding hari-hari lainnya.

Yang bestnya, di hari jumaat ada solat jumaat. Dan sesiapa datang awal ke masjid pada hari jumaat untuk bersolat jumaat, ada ganjaran yang berbeza-beza.

Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat

Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat


Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda:

“Pada hari Jumaat, pada setiap pintu dari pintu² masjid terdapat para malaikat yang mencatat orang yang datang lebih awal dan seterusnya hingga apabila Imam sudah duduk (di atas mimbar) lembaran catatan itu ditutup lalu mereka mendengarkan zikir (khutbah tersebut)“

(HR Bukhari No. 3211)

Sesiapa yang datang awal ke masjid pada hari jumaat, ia akan diganjari seperti berikut berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

1. Pahala Sedekah/ Korban bagi yang hadir pada waktu pertama (paling awal). Ia  mendapat pahala seperti berkorban seekor unta, waktu kedua seperti lembu, ketiga seperti kambing, keempat seperti ayam, dan kelima seperti sebiji telur.

2. Dicatat oleh Malaikat di mana Malaikat berdiri di setiap pintu masjid pada hari Jumaat untuk mencatat kehadiran orang yang datang lebih awal (mengikut turutan) sehingga imam keluar.

3. Datang awal memberi peluang mendapat saf pertama, yang mempunyai kelebihan istimewa.

4. Penghapusan dosa bagi yang berangkat awal, berjalan kaki ke masjid, dan duduk berhampiran imam untuk mendengar khutbah. Ia merupakan antara amalan yang menghapuskan dosa.

Jadi, datanglah awal ke masjid pada hari jumaat kerana itulah hari istimewa satu hari dalam seminggu. Rindulah kehadiran hari jumaat umpama macam kita tak dapat bertemu lagi pada minggu seterusnya 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments