Ketika Isteri Hamil, Apa Suami Perlu Lakukan? Apakah anda wahai para suami telah bersedia menghadapi kerenah isteri yang hamil? Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa hamil. Hal ini disebabkan pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutama daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana yang masih tidak lagi memahami situasi ini.

Ketika Isteri Hamil, Apa Suami Perlu Lakukan?
Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh suami semasa isteri mereka hamil?
Luangkan Masa Bersama Isteri
Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
Membantu Pemakanan Isteri
Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka hamil, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
Tidak Perlu Bertanya, Terus Lakukan
Semasa isteri hamil, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri suami yang baik.
Belajar
Semasa isteri anda hamil, mereka akan mengalami perubahan besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
Membantu Menyiapkan Hidangan Makan
Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
Membantu Menjaga Anak Yang Lain
Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
Membawa Isteri Ke Mana Sahaja
Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
Pinjamkan Tangan Anda Pada Isteri
Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
Sumber Artikel:
iluvislam.com
Semoga dengan sedikit perkongsian di atas, kita menerima layanan yang selayaknya untuk seorang wanita samada dalam keadaan hamil atau sebaliknya. Kebaikan terhadap seorang isteri daripada suami adalah umpama sedekah ikhlas dia terhadap kehidupan mereka sekeluarga. Menjadi ketua keluarga yang terbaik itu susah tetapi tetaplah memohon kepada Allah agar kamu sebagai suami menjadi hamba yang terbaik di sisiNya. Insha Allah semua pun akan baik-baik sahaja,
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
sila ambik perhatian kpd suami2 muda tu. uncle ni dah masuk 53 thn jadi isteri dah x hamil lg. Melainkan uncle kahwin lagi dgn yg muda... hehehe..
ReplyDeleteBetul tu. Isteri dah mengandung bawak perut, suami la kena support isteri.
ReplyDelete