Pokok Kuini Berbuah Lebat. Lebat sangat sampai penuh satu baldi besar. Itu pun kita kita orang tak jolok habis. Pokoknya pun taklah besar sangat. Tetapi menghasilkan buah kuini yang lebat dan berjurai-jurai. Buah kuini ni yang buat dia geram adalah baunya. Bila dah masak, satu kampung berbau harum. Jangan bagi orang mengandung bau buah kuini, memang dia akan buat orang mengidam dan tercari-cari.. macam saya dulu.. 😂😂
Ciri-ciri buah kuini termasuklah rasanya yang sangat manis, berjus dan beraroma wangi serta sangat sesuai dipelbagaikan dalam masakan tradisional.









Pokok Kuini Berbuah Lebat Dan Berguna Dalam Masakan
Buah kuini sedap dimakan macam tu je atau di buat petis (rojak buah). Memang sedap! Antara resepi yang boleh dihasilkan dengan buah kuini dan paling popular ialah :-
1. Rojak petis
2. Kerabu buah kuini
3. Sambal buah kuini
4. Serawa buah kuini





Buah kuini yang kami petik belum cukup masak tetapi dah tua dan matang. Jadi, kami petik menggunakan galah yang diikat dengan muncung botol air gas. So, kerja memetik buah kuini jadi mudah dan cepat.
Alhamdulillah.. buah kuini yang dipetik sempat diberikan kepada jiran sekampung. Itu pun ada lagi yang tak sempat di petik di dahan pokok. Projek bersambung esok lusa, sementara kami semua beradik masih berada di kampung.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.