
Al Quran Nilai Yang Besar Sebagai Hidayah & Panduan Hidup
Di mana-mana saja anda boleh dekat dengan al Quran seperti ketika memandu, ketika berehat di rumah, di masjid surau dan sebagainya. Jadikan al Quran sentiasa di sisi dan di hati.
Daripada Uqbah ibn Amir al-Juhani RA, beliau berkata:
عَن عُقبةً بنِ عَامِرٍ رَضيِ اللٌهٌ عَنهٌ قَالَ خَرَجَ عَلَينًا رَسُولٌ اللٌه صَلْي اللٌه عَلَيهِ وَسَلٌمَ وَنخَنُ فيِ الصفٌةِ فَقَالَ اَيٌكُم يُحبٌ اَن يَغدُ وَ كُلٌ يَومٍ اِلي بُطحَانَ اَواَلى الَعقَيقَ فَيَاٌتيِ بِنَاقَتَينِ كَومَاوَينِ فِي غَيِر اِثمٍ وَلآ قَظيعَةِ رَحَمٍ فَقُلنَا يَارَسُولَ اللٌهِ كُلٌنَا نُحِبٌ ذَالِكَ قَالَ اَفَلآ يَغدُو اَحَدُكُمَ اِلَى المسَجِدِ فَيَتَعَلَمَ اَوفَيَقَرٌاَ ايَتَينِ مِن كِتَابِ اللٌه خَيرٌلَه مِن نَاقَتَينِ وَثَلآثُ خَيرُلَه مِن ثَلآثٍ وَاَربَعُ خَيرُلَه من اربع ومن اعدادهن من الأبل
"Rasulullah SAW datang menemui kami ketika kami berada di Suffah, lalu Baginda bersabda: 'Siapakah antara kamu yang suka pergi setiap hari ke pasar Buthan atau Al-'Aqiq, lalu membawa pulang dua ekor unta yang besar dan gemuk tanpa melakukan dosa atau memutuskan silaturahim?' Kami menjawab: 'Wahai Rasulullah, kami semua menyukai perkara itu.' Baginda bersabda: 'Mengapa salah seorang daripada kamu tidak pergi ke masjid, lalu mempelajari atau membaca dua ayat daripada Kitab Allah? Itu lebih baik baginya daripada memperoleh dua ekor unta. Tiga ayat lebih baik daripada tiga ekor unta, empat ayat lebih baik daripada empat ekor unta, dan demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayat yang dipelajari atau dibaca, lebih baik daripada bilangan yang sama dari unta tersebut.'*_ (HR Muslim No: 803) Status Hadis Sahih
"Baca Tiga Ayat Al Quran Lebih Baik Dari Dapat Tiga Ekor Unta"
1. Al-Quran merupakan harta yang paling bernilai. Mempelajari, membaca dan mengamalkan akan memperoleh ganjaran yang lebih besar daripada kekayaan dunia.
2. Menurut Ibn Hajar, unta merupakan antara aset yang sangat berharga di zaman Rasulullah. Baginda menggunakan contoh tersebut supaya para sahabat memahami bahawa ganjaran mempelajari al-Quran jauh mengatasi keuntungan harta dunia yang paling bernilai.
3. Menghadiri majlis ilmu adalah ibadah yang mulia. Setiap langkah menuju masjid untuk belajar al-Quran dikira sebagai amal soleh yang besar pahalanya.
4. Al-Quran adalah hidayah dan panduan untuk manusia. Ia perlu dipelajari, dibaca dan diamalkan sepanjang hayat. Setiap ayat yang dipelajari memberi manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat. Walaupun hanya mempelajari dan membaca beberapa ayat setiap hari, ia tetap mempunyai nilai yang amat besar di sisi Allah SWT.
5. Masjid bukan hanya tempat mendirikan solat, bahkan institusi pendidikan, penyebaran ilmu, pembinaan akhlak dan pembangunan masyarakat. Masjid merupakan pusat pembelajaran al-Quran, hadis, fiqh dan pelbagai ilmu yang membina tamadun Islam.
Penutup
Diharap dengan perkongsian di atas, kita dapat mengambil iktibar bahawa membaca, menghayati, memahami dan hidup dengan berlandaskan Al Quran adalah jalan untuk memperolehi hidayah Allah.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh email nama alamat Dan phone pada saya notie.bakrian@gmail.com. Tak bagi nanti tak dapat hadiah
ReplyDeleteHehe.. tq Notie utk remindernya. Tqsm, haritu dah perasan tetapi lupa pulak.
Delete