Al Quran Adalah Hidayah Dan Panduan Untuk Manusia

Aynora
By -
2
Al-Quran adalah hidayah dan panduan untuk manusia. Bukan senang seseorang dari kita untuk mendapatkan Hidayah Allah. Hidayah hadir dari pelbagai cara dan ia perlu dikejar, di cari dan di pelajari dari pelbagai sudut. Hanya yang terpilih sahaja akan mendapatkan Hidayah Allah, dan salah satu cara mendapatkan hidayah Allah adalah dengan selalu mendampingi al Quran. Jadikan al Quran sebagai teman rapat, yang mana anda akan rindu bila tidak mendengarnya, tidak membacanya dan apatah jika tidak menyentuhnya. Rapatkan al Quran ke dada setelah membacanya, maka anda akan mendapatkan ketenangan dan keheningan yang tidak disangka. MashaAllah tabarakallah.. 

Al-Quran Adalah Hidayah Dan Panduan Untuk Manusia
 

Al Quran Nilai Yang Besar Sebagai Hidayah & Panduan Hidup


Di mana-mana saja anda boleh dekat dengan al Quran seperti ketika memandu, ketika berehat di rumah, di masjid surau dan sebagainya. Jadikan al Quran sentiasa di sisi dan di hati. 
 
Daripada Uqbah ibn Amir al-Juhani RA, beliau berkata: 

عَن عُقبةً بنِ عَامِرٍ رَضيِ اللٌهٌ عَنهٌ قَالَ خَرَجَ عَلَينًا رَسُولٌ اللٌه صَلْي اللٌه عَلَيهِ وَسَلٌمَ وَنخَنُ فيِ الصفٌةِ فَقَالَ اَيٌكُم يُحبٌ اَن يَغدُ وَ كُلٌ يَومٍ اِلي بُطحَانَ اَواَلى الَعقَيقَ فَيَاٌتيِ بِنَاقَتَينِ كَومَاوَينِ فِي غَيِر اِثمٍ وَلآ قَظيعَةِ رَحَمٍ فَقُلنَا يَارَسُولَ اللٌهِ كُلٌنَا نُحِبٌ ذَالِكَ قَالَ اَفَلآ يَغدُو اَحَدُكُمَ اِلَى المسَجِدِ فَيَتَعَلَمَ اَوفَيَقَرٌاَ ايَتَينِ مِن كِتَابِ اللٌه خَيرٌلَه مِن نَاقَتَينِ وَثَلآثُ خَيرُلَه مِن ثَلآثٍ وَاَربَعُ خَيرُلَه من اربع ومن اعدادهن من الأبل
 
"Rasulullah SAW datang menemui kami ketika kami berada di Suffah, lalu Baginda bersabda: 'Siapakah antara kamu yang suka pergi setiap hari ke pasar Buthan atau Al-'Aqiq, lalu membawa pulang dua ekor unta yang besar dan gemuk tanpa melakukan dosa atau memutuskan silaturahim?' Kami menjawab: 'Wahai Rasulullah, kami semua menyukai perkara itu.' Baginda bersabda: 'Mengapa salah seorang daripada kamu tidak pergi ke masjid, lalu mempelajari atau membaca dua ayat daripada Kitab Allah? Itu lebih baik baginya daripada memperoleh dua ekor unta. Tiga ayat lebih baik daripada tiga ekor unta, empat ayat lebih baik daripada empat ekor unta, dan demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayat yang dipelajari atau dibaca, lebih baik daripada bilangan yang sama dari unta tersebut.'*_ (HR Muslim No: 803) Status Hadis Sahih
 

"Baca Tiga Ayat Al Quran Lebih Baik Dari Dapat Tiga Ekor Unta"

 
1.    Al-Quran merupakan harta yang paling bernilai. Mempelajari, membaca dan mengamalkan akan memperoleh ganjaran yang lebih besar daripada kekayaan dunia.
 
2.    Menurut Ibn Hajar, unta merupakan antara aset yang sangat berharga di zaman Rasulullah. Baginda menggunakan contoh tersebut supaya para sahabat memahami bahawa ganjaran mempelajari al-Quran jauh mengatasi keuntungan harta dunia yang paling bernilai.
 
3.    Menghadiri majlis ilmu adalah ibadah yang mulia. Setiap langkah menuju masjid untuk belajar al-Quran dikira sebagai amal soleh yang besar pahalanya.
 
4.    Al-Quran adalah hidayah dan panduan untuk manusia. Ia perlu dipelajari, dibaca dan diamalkan sepanjang hayat. Setiap ayat yang dipelajari memberi manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat. Walaupun hanya mempelajari dan membaca beberapa ayat setiap hari, ia tetap mempunyai nilai yang amat besar di sisi Allah SWT.
 
5.    Masjid bukan hanya tempat mendirikan solat, bahkan institusi pendidikan, penyebaran ilmu, pembinaan akhlak dan pembangunan masyarakat. Masjid merupakan pusat pembelajaran al-Quran, hadis, fiqh dan pelbagai ilmu yang membina tamadun Islam.

Penutup


Diharap dengan perkongsian di atas, kita dapat mengambil iktibar bahawa membaca, menghayati, memahami dan hidup dengan berlandaskan Al Quran adalah jalan untuk memperolehi hidayah Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Boleh email nama alamat Dan phone pada saya notie.bakrian@gmail.com. Tak bagi nanti tak dapat hadiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tq Notie utk remindernya. Tqsm, haritu dah perasan tetapi lupa pulak.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!