Apakah Pembunuh Baru Bagi Warga Emas?

Aynora
By -
1
Apakah Pembunuh Baru Bagi Warga Emas? Golongan warga emas di Malaysia semakin meningkat jumlahnya, seiring dengan pertambahan tahun dari semasa ke semasa. Warga emas ditakrifkan sebagai individu yang berumur 60 tahun ke atas. Di Malaysia, terdapat lebih 4.1 juta warga emas (setakat Jun 2026), dan kumpulan ini sedang meningkat. Mereka mudah terdedah kepada risiko penyakit dan memerlukan sistem sokongan yang baik dari persekitaran mereka. 

Bukan senang ya nak handle hari tua tanpa persediaan dari awal lagi. Bagi mereka yang sudah memasuki usia 40-an ke atas, semestinya telah melakukan langkah tertentu untuk menjaga kesihatan diri sendiri secara serius, agar apa-apa masalah yang timbul masih boleh di rawat sebelum terlambat.

Apakah Pembunuh Baru Bagi Warga Emas?

Saya bayangkan.. bila masuk usia 60-an nanti jika tiada nak layan saya bercakap, saya akan terus bercakap dan bercakap dengan cara saya - iaitu membaca al Quran dan banyak melakukan solat-solat sunat. Banyak membaca al Quran menjadi kan ingatan semakin tajam dan kuat manakala dengan bersolat, ia umpama kita bercakap-cakap dan mengadu dengan Allah. Insha Allah.

 

Apakah Pembunuh Baru Bagi Warga Emas?


Pembunuh paling berkuasa bagi warga emas kini bukan lagi kencing manis, jaantung dan darah tinggi tapi muncul pembunuh baru.

Apakah pembunuh baru warga emas? Terdapat Empat “pembunuh” baru warga emas:
 
1. Kemurungan - (Depression).
2. Autisme - (Autism).
3. Nyanyuk/Dementia - (Alzheimer’s disease).
4. Kehilangan ingatan - (Amnesia).

Bagaimana cara melindungi diri dari pembunuh baru tersebut?


1. Berbual – boleh mencegah kemurungan dalam kalangan warga emas.
2. Berseloroh/berjenaka  – boleh mencegah autisme (menutup diri).
3. Bercakap “merepek” / “merapu”  – boleh mencegah Alzheimer.
4. Bercakap kosong – boleh bantu elak hilang ingatan.

Rupanya mudah saja. Berkumpullah dengan rakan-rakan dan berbual apa sahaja walaupun tiada perkara penting (asal tidak membawang). Itu boleh menjadi “penawar” yang hebat.

Mengapa orang tua perlu banyak bercakap?


Petikan daripada seorang doktor Universiti Nasional Taiwan (NTU):

Seorang Dekan dari Hospital 301 pernah berpesan; “Apabila usia meningkat, kita mesti banyak bercakap kerana setakat ini tiada ubat yang mampu mencegah penyakit Alzheimer dan bercakap lebih banyak mungkin satu-satunya cara.”

Tiga faedah utama bercakap bagi warga emas:

1. Merangsang otak dan kekal tajam

Apabila kita bercakap, otak kita aktif berfikir. Bahasa dan pemikiran saling berkait rapat. Bila kita bercakap dengan cepat, otak terpaksa berfikir pantas. Ia melatih refleks mental dan memori. Orang tua yang pendiam lebih mudah terkena Alzheimer terutamanya selepas bersara apabila mereka tidak lagi banyak bercakap.

2. Mengurangkan tekanan dan penyakit mental.

Bercakap membantu melepaskan emosi dan tekanan dalaman. Perasaan yang “disimpan” terlalu lama boleh membawa kepada kemurungan. Jadi, biarlah ibu bapa kita berleter atau bersembang. Itulah sebenarnya baik untuk kesihatan mental mereka.

3. Melatih otot muka dan organ suara

Bercakap melibatkan otot muka, tekak dan paru-paru membantu mengekalkan fungsi deria seperti penglihatan dan pendengaran serta mengurangkan risiko tinnitus (berdengung di telinga) dan pekak.

Semakin meningkat usia, semakin penting untuk bergaul dan banyak bercakap. Ia mungkin satu-satunya cara untuk mencegah Alzheimer; penyakit yang paling menakutkan warga emas kerana ia membuat seseorang hilang ingatan, hilang kesedaran, tidak mengenali keluarga, menjadi beban kepada orang lain malah seperti “hidup tanpa jiwa”.

Penutup


Semoga sains perubatan akan menemui penyelesaiannya suatu hari nanti. Sementara itu, biarlah ibu bapa kita banyak bercakap. Jangan marah bila mereka berleter. Itu sebenarnya tanda mereka masih sihat dan mendengar leteran mereka juga satu bentuk kasih dan ketaatan kepada ibu bapa. 

Kalau rasa rimas pun, diam je dan dengar apa yang mereka bualkan walaupun cerita itu telah diulang-ulang banyak kali. Sabar anda itu adalah buah manis yang bakal dituai di akhirat nanti.

Wallahu a'lam. Semoga Allah bantu kita, biar bermula dengan baik dan berakhir dalam kebaikan.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Minta dijauhkan la dari penyakit2 tu. Arwah ayah banyak mengaji Al-Quran selepas pencen dia takde nyanyuk atau pelupa sampai di saat akhit hayatnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!