Memang dah lama nak pergi cari rojak mee seller ni, akhirnya pagi tadi dapat juga terjah rojak gunting seller ni dekat A-Mart Kempas. Rojak gunting yang viral gitu ..


Kami beli set rojak klasik. Set Rojak Klasik Rojak Gunting mengandungi hidangan seperti sengkuang, timun, tempe dan tauhu, dengan cucur dan lain-lain bahan yang digunting menjadi kepingan kecil, dihidangkan bersama kuah kacang pekat. Dalam set ini kami tambah Mee untuk jadikan rojak mee 😅👍💯





Info Yang Anda Cari:
Beli Rojak Mee Macam Tak Ingat Dunia
Kenapa jadi tak ingat dunia? Sebab rambang mata la, macam-macam saya tambah. Beli rojak klasiik 3 bungkus, tambah lagi tauhu, cucur udang, kepingan ketam, fish cake Dan entah apa lagi. Pakai ambil je..,😅😅


Kemudian tambah pulak tauhu bakar. Itu untuk si bujang bongsu la, peminat tegar tauhu bakar dan segala makanan berasaskan tauhu.. hehe

Kesemua jumlah rojak mee dan tauhu bakar adalah RM49. Sambil bayar dalam hati berdetik - siapa nak habiskan rojak mee ni nanti??
Tapi jangan risau, dek kerana kuah kacangnya yang sedap, manis secukupnya dan bau kemelayuan.. kami akan simpan dalam freeze untuk ulang makan, jika tak habis nanti. Memang sedap dan kena dengan tekak melayu kita. Anak-anak semua suka, sampaikan makan goreng tepungnya pun kata sedap sangat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Adoi, tajuk tak boleh tahan! Tapi bila tengok rojak mee tu, memang patut pun beli macam tak ingat dunia, nampak menyelerakan sangat. Puas dapat makan sampai kenyang! 🤤
ReplyDeleteYa Allah, saya bacanya langsung drooling lah kak. Macam nak terbang kesana 🤣😄. Sukaaaa juga segala makanan yg berazaskan tahu. Rujak mi saya belum coba lagi. Tapi kalau melihat aneka topping dan bumbu, saya yakin pasti suka ❤️❤️
ReplyDelete