Anak sulung kami ni amat prihatin dengan kami ibu dan ayahnya. Bila tiba waktu balik kerja sepatutnya kami sampai rumah waktu sekian sekian, tetapi kami tak sampai lagi.. dia akan call. Tanya kami ok ke tidak, jalan jem ke apa, atau tanya kami singgah mana-mana ke.. hehe, dah macam guru besar jaga anak murid pulak..🤣🤣


Sarapan Hash Brown Segera
Pagi ni sarapan hash brown, bukan sekeping dua tetapi selambak si dia goreng untuk kami 4 beranak. Makan la sepuasnya kerana jika kita beli di McD, satu keeping je dah berapa harga dia, kan..



Hash brown untuk breakfast dihidang bersama telur mata dan dimakan dengan cili sos. Pun dah sedap dan kenyang. Terima kasih anak solehku kerana pagi-pagi dah siapkan breakfast untuk family.
Selepas siapkan breakfast, dia keluar berjogging pula dalam hampir 45 minit gitu. Bila ayah dan ibunya ni nak keluar rumah, baru nampak batang hidung dia masuk kawasan pagar.
Semoga terus sihat, ceria dan bahagia anak-anakku..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.