Kami tanya ikut resepi siapa ni? KhairulAmeng ke? Dia kata bukan, dia pilih resepi Che Nom sebab itulah resepi yang muncul di carian utama Atuk Google 😂😂. Dan ternyata betul kata ramai orang yang review kat you tube dia, resepi dia mudah nak ikut terutama kepada beginner.

2 kilo daging
Daging lembu
Air (sekadar tenggelam daging)
1/2 cawan kicap pekat manis (perap)
3 batang serai
1-2 biji bawang besar
12 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
12-15 tangkai cili kering
2 cawan minyak masak
1/2-1 cawan kicap pekat manis (kuah)
6 - 10 helai daun limau purut
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk perasa
1 senduk bawang goreng segar - kami tak letak




Dendeng Daging Ikut Resepi Che Nom
Resepi dendeng daging yang saya kongsikan adalah dari Resepi ala che nom dan disediakan oleh anak bujang saya. Ada sesetengah bahan tak ada, ada juga satu dua yang dia tambah.
Bahan-bahan:
Daging lembu
Air (sekadar tenggelam daging)
1/2 cawan kicap pekat manis (perap)
3 batang serai
1-2 biji bawang besar
12 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
12-15 tangkai cili kering
2 cawan minyak masak
1/2-1 cawan kicap pekat manis (kuah)
6 - 10 helai daun limau purut
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk perasa
1 senduk bawang goreng segar - kami tak letak

Cara Penyediaan:
- Rebus daging sampai lembut anggaran 45 minit-1 jam, kalau pressure cooker dalam 30 minit.
- Rebus cili kering sampai lembut, toskan air dan buang biji.
- Hiris nipis bawang merah kecil (untuk bawang goreng). ~ anak bujang tak nak letak
- Potong kasar serai, bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- Panaskan minyak dan goreng semua bahan potong kasar sampai layu.
- Goreng pulak cili kering sampai layu.
- Kisar kasar semua bahan goreng tadi dengan sedikit air rebusan daging.
- Hiris nipis daging rebus anggaran 1/2 cm.
- Tumbuk daging agak hancur (sampai boleh carik dengan tangan)., yang ini si adik tolong tumbuk daging
- Gaul daging dengan kicap manis.
Lepas tu...
- Panaskan minyak dan goreng bawang merah kecil sampai garing kemudian angkat.
- Goreng pulak daging sampai garing tepi-tepi tu kemudian angkat dan ketepikan.
- Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.
- Masukkan 2 cawan air rebusan daging.
- Lepas mendidih, masukkan semua daging goreng, gula melaka, garam, serbuk seasoning, kicap pekat manis (atau kicap pekat caramel) dan daun limau purut.
- Masak sampai kuah pekat.
- Akhir sekali tabur bawang goreng sebelum hidang., yang ni si abang malas nak letak, hihi


Komen ayah & ibu
Ayah - Boleh tahan untuk first timer, ada kemahuan untuk letak semua bahan, tetapi macam lebih manis pulak
Ibu - Bagus sebab berani mencuba. Rasa pedas cukup, disulam dengan rasa manis - sesuai untuk dimakan dengan nasi panas atau di makan dengan roti. Dapur bersepah masyaAllah, nasib ada si adik tukang kemas dapur bila abang dah penat di dapur.
Adik - Okay je abang masak, sedap!
Itulah kisah anak sulungku yang baru balik dari oversea tapi tak tahu penat, masak macam-macam untuk ibu, ayah & adiknya.
Hmm.. esok si adik dah mintak abangnya buatkan tauhu bakar pulak.. aduh, makan saja kita ni, bilanya nak diet!! Grrrr...
Keseluruhannya dendeng daging anak bujang saya sebenarnya amat sedap rasanya, berbau harum daun limau purut dan pedas dia seperti apa yang saya bayangkan bila makan dendeng daging pada satu masa dulu. Teringat-ingat.. akhirnya anak bujang sendiri yang buatkan. Alhamdulillah.😍😍
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.