Surah Al Kahfi - Hindari Dari Fitnah Dajjal

Aynora
By -
0
Surah Al Kahfi - Hindari Dari Fitnah Dajjal. Inilah amalan terbaik untuk menghindari dari Fitnah Dajjal iaitu dengan membaca surah Al Kahfi pada setiap hari jumaat. Kalau dapat hafal 10 ayat yang awal dari surah Al Kahfi dan juga 10 ayat yang akhir, insha Allah kita mudah terselamat dan terpelihara daripada fitnahnya Dajjal!

Dalam keluarga kami memang saling mengingatkan untuk membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat. Tak kira nak baca waktu bila, malam atau siang.. yang penting kena baca. Marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri, pasangan, anak, cucu, rakan dan taulan serta semua umat islam untuk tidak meninggalkan surah Al Kahfi -- dibaca dimana jua. 

Surah Al Kahfi - Hindari Dari Fitnah Dajjal

Surah Al Kahfi - Hindari Dari Fitnah Dajjal
 

Jika anda mahu terpelihara dari fitnah dajjal, maka bacalah surah Al-Kahfi, terutamanya pada hari jumaat. 
 
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ، عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ وفي رواية: مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْكَهْفِ
 
Daripada Abu al-Darda' RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat pertama daripada Surah al-Kahfi, dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal." Dalam satu riwayat yang lain, Baginda bersabda: "...sepuluh ayat terakhir daripada Surah al-Kahfi."*_ (HR Muslim No: 809) Status Hadis Sahih
 

Apakah Hikmah & Pengajaran Membaca Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat?

 
1.    Fitnah Dajjal merupakan fitnah terbesar yang akan dihadapi manusia menjelang Hari Kiamat.
 
2.    Rasulullah SAW mengajar umat Islam supaya mempersiapkan diri dengan al-Quran sebelum berhadapan dengan fitnah tersebut.
 
3.    Menghafaz sepuluh ayat pertama juga sepuluh ayat terakhir Surah al-Kahfi merupakan sunnah yang sangat dianjurkan.
 
4.    Menurut Imam al-Nawawi, sesiapa yang membaca dan menghafal sepuluh ayat awal juga sepuluh ayat akhir daripada surah al-Kahfi “dipelihara daripada Dajjal” bermaksud, Allah akan memberikan perlindungan kepada orang tersebut daripada fitnah Dajjal sama ada tidak bertemu dengannya; atau diberi keteguhan iman jika bertemu; atau diselamatkan daripada mempercayai dakwaan palsunya.
 
5.    Permulaan 10 ayat Surah al-Kahfi mengandungi asas-asas yang mengukuhkan akidah, antaranya: keagungan al-Quran sebagai petunjuk;  penegasan tauhid; kisah pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan iman; juga keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Nilai-nilai ini membentuk kekuatan rohani dan keteguhan iman yang diperlukan untuk menghadapi fitnah yang menggugat keimanan dalam menghadapi pelbagai ujian kehidupan.

Surah Al Kahfi - Hindari Dari Fitnah Dajjal

6.    Sepuluh (10) ayat terakhir surah al-Kahfi memberi penekanan kepada tema Hari Kiamat; balasan syurga dan neraka; kesudahan orang beriman dan orang kafir; keikhlasan dalam beramal; amaran terhadap syirik dan riak. Ayat ini mengingatkan kita supaya tidak terpedaya dengan kemegahan dunia dan sentiasa memelihara keikhlasan, iaitu benteng utama menghadapi fitnah Dajjal.
 
7.    Membaca, menghafaz, mentadabbur, menghayati dan mengamalkan al-Quran merupakan benteng terbaik menghadapi fitnah dunia dan akhir zaman.
 
8.    Surah al-Kahfi sesuai dijadikan bahan tarbiah untuk membentuk generasi yang teguh akidah, bijaksana menghadapi cabaran dan tidak mudah terpedaya dengan godaan dunia.
 
Secara kesimpulannya, membaca surah Al Kahfi boleh dilakukan bila-bila masa, tetapi penekanan kepada membaca ayat 10 awal dan 10 akhir darinya adalah berdasarkan hadis sahib bahawa ia dapat menghindari kita dari fitnah dajjal. Dapat terhindar dari fitnah dajjal adalah kelebihan yang besar kepada kita semua umat Islam kerana diceritakan dalam al Quran bahawa fitnah dajjal amatlah dahsyat dan menakutkan!! Na'uzubillahu minzaliik!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!